Saturday, December 24, 2016

Come Back😎

Salam 'Alaik 😊

Memandangkan entry testing tadi dah post. Kira blog ni masih boleh digunakan la kan? Kan? Hewhewhewhew....

Lama tak buat coretan... Aicewwaahh.

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah.

Last entry in 2014, tetibe teperasan ada blog, last week, 2016πŸ˜…. Dah tak hengat I ada blog ghopenyeπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Dulu post zaman2 belajar... La ni dah keje.. Kekangan masa 'kononnye'πŸ˜‰.

Maybe after this will be lots of stories about working life😩

Anyway, feel happy to know this blog still aliveπŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Salam 'Alaik 😊

Testing post πŸ˜‰

Thursday, October 9, 2014

Gerabak Dakwah & Tarbiyah

Salam 'alaik,

Alhamdulillah, syukur kerana  sudah tamat belajar. Pack barang and balik kampong la kita heeheee. Selepas 4 tahun bertapa di UIA dan apabila balik ke umah dah macam tak hengat diri ageegeegee. Seronok benar balik umah, ntah apa yang di seronokkan pon tak tau, haiisshhh!

Teringat lagu Raef:

“Ain’t no place like home, they say
Home is where that heart is, home is where your love is
Ain’t no place like home where I’ll be me, me, me yeah!
Ain’t no place like home, they say
Home is where that heart is, home is where your love is
Ain’t no place like home where I’ll be free, free, free, yeah!”
Tapiiiiii…

Bila dah lama-lama kat umah tetiba rasa bosan yang amaaatttt. Rasa kosong…kosong… Dan tak sangka tiba-tiba air mata jatuh mengalir apabila teringat kenangan saya dan anda bersama. Bersusah payah menjayakan program itu dan ini semata-mata untuk mencari pelapis dakwah, pelapis dakwah yang ikhlas berada di jalannya. Tidak mengharapkan balasan dunia tetapi balasan taman Firdaus harapnya. Tebalnya iman di saat itu, tapi sekarang……haiiiihhhhhh (mengeluh panjang).

Seperti ketinggalan gerabak dakwah, mereka dengan gembira tidak kisah sama ada gerabak itu ada pemandu atau tidak, mereka cekal dan bersemangat untuk menggerakkan gerabak itu, ini kerana keikhlasan niat mereka yang mengharap redha Allah. Dan saya? ……………

Tertinggal di stesen yang sangat maju, sehingga buatkan terlalai sementara, dan apabila terhantuk baru bersemangat dan betullah firman Allah (3:14)

“Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik (Syurga).”

“Di dalam sujud ku berdoa, agar tidak tertinggal gerabak dakwah dan tarbiyah, agar semppat ku mengejarnya.  Andai ku tertinggal jauh, ku berharap agar Allah mengurniakan kepantasan untuk ku mengejar semula gerak dakwah dan tarbiyah itu……”



Definisi Kejayaan......

Salam 'alaik

May Allah bless us -tetiba ada perasaan rindu di disitu thithithithi- Alhamdulillah dengan serba moden dan canggihnya dunia sekarang ramai yang bermanfaat dengannya, tapi ada juga yang masih tergapai-gapai tak tahu nak adapt dengan persekitaran yang lebih moden dan canggih ni. Kalau dapat lihat secara roughnye, ramai anak muda kita sekarang ni ramai di antaranya golongan yang bijak pandai. Kalau dulu nak dengar result UPSR, PMR or SPM yang dapat straight A’s pon susah, tapi sekarang ni masya Allah, sekali keluar result result amekaw, ramai yang amat dapat straight A’s ada jugak yang dapat belebih-lebih A nya.

And of course golongan inilah yang mendapat pujian, kedudukan di mata masyarakat. And again mereka inilah yang mengisi kuota-kuota penempatan di universities. And time tu lah baru kita kenal saudara mara yang dekat dan jauh even saudara mara yang hanya ada bau-bau bacang pon dapat trace jugak!! . Macam mane?? Macam ni…..

Cerita 1:

“Hah sepupu ko yang kat johor tu dapat masuk belajar kat universiti di UK nunn bidang perubatan katenya.”
“Eh yang mane mak?”
“Alaaa anak Tok Musa punye anak. Tok musa ko ngan atuk ko tu adik beradik tiri.”
“Errr tak penah tau pon……”
Hah tu dia, punye jauh susur galur dapat pi overseas baru la tau……..ada lagi rupanya.

Cerita 2:

“Eh anak saudara saya Aina dengan Ain dapat masuk UTP la, waahhhh diorang ni memang pandai.”
“Anak saudara? Yang  mana? Ayu tak pernah citer kat saya pon.”
“Ala ni anak saudara  suami adik ayah saya, kire  anak saudara saya jugak la ni.”
“Owh, ok!”

Tapi bila ada di kalangan saudara mara kita yang tak berapa cemerlang dalam kehidupan dia. Kita lebih mudah memandang sebelah mata je dengan diorang and sometimes ada jugak yang malu nak ngaku “Tu la saudara saya”. Bila datang ke rumah pon suruh duduk luar je, tak jemput pon masuk dalam. Nak ajak pegi jenjalan sama-sama pon malu sebab diorang jarang pegi ke bandar.
Sedangkan terkadang saya melihat, sesetengah daripada golongan yang kurang cemerlang ini mempunya nilai moral yang tinggi compared to golongan yang bijak pandai tadi. Budi bahasanya, sopan santunnya. Ahah saya tak kate semua tapi SESETENGAH DARIPADANYA.  Ada juga sesetengah daripada golongan bijak pandai ni juga berperilaku sedemikian. Tahniah diucapkan bagi mereka yang tidak meninggi diri!! 

Bagi saya, cemerlang atau tidak anda adalah abang/kakak/saudara/sepupu/anak saudara saya.  As long as you have an effort to improve your life, it’s okay what. Tak semua orang layak untuk jadi doctor, CEO, peguam, arikitek, kontraktor or else. Tapi setiap daripada kita ni ada keistimewaan, kelebihan sendiri. Dia mungkin tidak cemerlang dalam pelajaran, tapi dia mampu menjadi anak yang soleh, anak yang menghormati ibu bapanya, anak yang berusaha untuk mencari rezeki daripada hasil titik peluhnya sendiri. Dia mungkin tidak dapat membanggakan kedua ibu bapanya kerana tidak dapat masuk university tapi dia mungkin boleh berjaya tanpa memerlukan degree mahupun master atau PhD.

Definisi cemerlang sepatutnya di takrifkan sebagai cemerlang dunia dan akhirat. Jika anda mampu mencapai CGPA 4 flat ataupun Dean list, buktikan juga anda cemerlang dalam ilmu agama 4 flat mahupun dean list. Jika anda tidak berpeluang memasuki universiti ataupun tidak mendapat keputusan yang cemerlang, buktikan bahawa hubungan anda dan Allah itu kuat supaya hati anda tunduk dalam menerima takdir-Nya.

Seseorang tidak akan berjaya selagi ajaran Islam  tidak menjadi pegangan dan akhirat tidak menjadi tujuan hidup.



Monday, November 18, 2013

Salam 'alaik....

Allahu rabbi...
Tiada tuhan selain Allah....
Krn-Mu aku rasa disayangi...
Krn-Mu aku rasa di hargai...
Alhamdulillah krn mmberi aku rasa spt itu,
Krn manusia tdk mgkn dpt mmberinya...


Monday, August 5, 2013

Seindah Nama, Setinggi Peribadi......



28 Ramadhan 1434

Salam 'alaik

Di petang Ramadhan, di bilik volunteer SHAS mosque….


Alamak aku dah terlambat nak tolong Asifah ni, memang begitulah rutin akhwat ketika bulan Ramadhan, kami jadi volunteer masjid untuk menguruskan segala-galanya. Syawal dah semakin hampir, kebanyakan akhwat dah pulang ke kampung berbakti kepada keluarga pula. Hanya tinggal beberapa. Seperti biasa, saya akan datang ke masjid petang hingga selepas selesai solat terawih, weekend baru dapat tidur di masjid sebab kekangan waktu bekerja (tengah praktikal).


"Assalamualaikum. Eh Khali ad lagi? Bila balik kg?" Sambil buka pintu bilik volunteer.

" Wa'alaikumussalam Kak Mar! saya balik esok la."


"Lorhh, igt arini, bagus-bagus ada teman hehehehe." Sambil meletakkan beg ke dlm almari. Saya duduk sebentar menyapa akhawat lain.



"Khali nak turun dah ke? Turun sekali eh. Siapa tu?" Tanya saya kepada Nuri.


"Adik Nuri."


"Owwh macam muka kak yus la hehehe"


"Siapa nama? Tanya khali sambil  bersalaman."


"Rabiatul Adawiyah" jawabnya tersenyum.


"Sedapnya nama, nama serikandi, nama akak pulak khalijah, macam khadijaahhh."


"Hoohoo, nama akak poon istimewa la, Mardhiah hehehehe."


"Waahhh bagusnya, semua nama serikandiiiii!"


"Yela nama saya je bukan serikandi, nama saya Nuri."


"Eh ada makna tau, cahayaku." Sampuk kak khairiah kalau tak silap.


Kami ketawa bersama.


Memori indah di petang ramadhan bersama akhwat.

Biarpun nama kami kedengarannya seperti nama-nama klasik,
Tapi kami bangga dengan sirahnya yang menggegarkan dunia, 
Itu yang memotivasikan kami untuk jadi seperti mereka, 
Biarpun kami berjauhan dengan mereka tetapi kami di panggil bersandarkan nama mereka. 
Sudah cukup untuk menaikkan semangat kami membentuk peribadi seperti mereka, 
Sesungguhnya mereka itulah serikandi Islam dan bidadari syurga.

WAAHHHH!!



28 Ramadhan 1434

Salam 'alaik

Nak jd coolio, dipersilakan, asalkan anda praktiskan Islam secara total bukan by part, itu sudah cool. Teringat saya di petang hari berjalan bersama sahabat menuju ke masjid utk iftar bersama di bulan Ramadhan. Sedang kami berbual, tiba-tiba ada sorang brother melintas depan kami sambil membawa senaskah bahan bacaan yang tak lapuk dek zaman. 

Zaaapp! Terpegun sekejap, bukan terpegun dek kerana rupanya, tapi terpegun dek kerana coolnya si brother membawa buku itu, dengan penampilan yang santai. Bukan senang nak tengok brother zaman sekarang bawak buku tu. Nak tahu buku apa?



Ahah book of guidance that is al-Qur’an kareem.

Yang mana kebanyakan brother zaman sekarang yang memegang smart phone ~bermuka buku, dan ber what's app~, tab ~penuh dengan games~, tangan girlfriend  ~Eh! Dosa!~, rokok ~membakar duit sendiri~ konon-konon dah cukup cool  la tu.

Jadilah mereka yang bijak apabila undang-undang Allah menjadi pegangan, kitabullah sebagai panduan, rasullah sebagai pedoman.  How sweet Islam is =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...