Thursday, October 9, 2014

Definisi Kejayaan......

Salam 'alaik

May Allah bless us -tetiba ada perasaan rindu di disitu thithithithi- Alhamdulillah dengan serba moden dan canggihnya dunia sekarang ramai yang bermanfaat dengannya, tapi ada juga yang masih tergapai-gapai tak tahu nak adapt dengan persekitaran yang lebih moden dan canggih ni. Kalau dapat lihat secara roughnye, ramai anak muda kita sekarang ni ramai di antaranya golongan yang bijak pandai. Kalau dulu nak dengar result UPSR, PMR or SPM yang dapat straight A’s pon susah, tapi sekarang ni masya Allah, sekali keluar result result amekaw, ramai yang amat dapat straight A’s ada jugak yang dapat belebih-lebih A nya.

And of course golongan inilah yang mendapat pujian, kedudukan di mata masyarakat. And again mereka inilah yang mengisi kuota-kuota penempatan di universities. And time tu lah baru kita kenal saudara mara yang dekat dan jauh even saudara mara yang hanya ada bau-bau bacang pon dapat trace jugak!! . Macam mane?? Macam ni…..

Cerita 1:

“Hah sepupu ko yang kat johor tu dapat masuk belajar kat universiti di UK nunn bidang perubatan katenya.”
“Eh yang mane mak?”
“Alaaa anak Tok Musa punye anak. Tok musa ko ngan atuk ko tu adik beradik tiri.”
“Errr tak penah tau pon……”
Hah tu dia, punye jauh susur galur dapat pi overseas baru la tau……..ada lagi rupanya.

Cerita 2:

“Eh anak saudara saya Aina dengan Ain dapat masuk UTP la, waahhhh diorang ni memang pandai.”
“Anak saudara? Yang  mana? Ayu tak pernah citer kat saya pon.”
“Ala ni anak saudara  suami adik ayah saya, kire  anak saudara saya jugak la ni.”
“Owh, ok!”

Tapi bila ada di kalangan saudara mara kita yang tak berapa cemerlang dalam kehidupan dia. Kita lebih mudah memandang sebelah mata je dengan diorang and sometimes ada jugak yang malu nak ngaku “Tu la saudara saya”. Bila datang ke rumah pon suruh duduk luar je, tak jemput pon masuk dalam. Nak ajak pegi jenjalan sama-sama pon malu sebab diorang jarang pegi ke bandar.
Sedangkan terkadang saya melihat, sesetengah daripada golongan yang kurang cemerlang ini mempunya nilai moral yang tinggi compared to golongan yang bijak pandai tadi. Budi bahasanya, sopan santunnya. Ahah saya tak kate semua tapi SESETENGAH DARIPADANYA.  Ada juga sesetengah daripada golongan bijak pandai ni juga berperilaku sedemikian. Tahniah diucapkan bagi mereka yang tidak meninggi diri!! 

Bagi saya, cemerlang atau tidak anda adalah abang/kakak/saudara/sepupu/anak saudara saya.  As long as you have an effort to improve your life, it’s okay what. Tak semua orang layak untuk jadi doctor, CEO, peguam, arikitek, kontraktor or else. Tapi setiap daripada kita ni ada keistimewaan, kelebihan sendiri. Dia mungkin tidak cemerlang dalam pelajaran, tapi dia mampu menjadi anak yang soleh, anak yang menghormati ibu bapanya, anak yang berusaha untuk mencari rezeki daripada hasil titik peluhnya sendiri. Dia mungkin tidak dapat membanggakan kedua ibu bapanya kerana tidak dapat masuk university tapi dia mungkin boleh berjaya tanpa memerlukan degree mahupun master atau PhD.

Definisi cemerlang sepatutnya di takrifkan sebagai cemerlang dunia dan akhirat. Jika anda mampu mencapai CGPA 4 flat ataupun Dean list, buktikan juga anda cemerlang dalam ilmu agama 4 flat mahupun dean list. Jika anda tidak berpeluang memasuki universiti ataupun tidak mendapat keputusan yang cemerlang, buktikan bahawa hubungan anda dan Allah itu kuat supaya hati anda tunduk dalam menerima takdir-Nya.

Seseorang tidak akan berjaya selagi ajaran Islam  tidak menjadi pegangan dan akhirat tidak menjadi tujuan hidup.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...