Thursday, October 9, 2014

Gerabak Dakwah & Tarbiyah

Salam 'alaik,

Alhamdulillah, syukur kerana  sudah tamat belajar. Pack barang and balik kampong la kita heeheee. Selepas 4 tahun bertapa di UIA dan apabila balik ke umah dah macam tak hengat diri ageegeegee. Seronok benar balik umah, ntah apa yang di seronokkan pon tak tau, haiisshhh!

Teringat lagu Raef:

“Ain’t no place like home, they say
Home is where that heart is, home is where your love is
Ain’t no place like home where I’ll be me, me, me yeah!
Ain’t no place like home, they say
Home is where that heart is, home is where your love is
Ain’t no place like home where I’ll be free, free, free, yeah!”
Tapiiiiii…

Bila dah lama-lama kat umah tetiba rasa bosan yang amaaatttt. Rasa kosong…kosong… Dan tak sangka tiba-tiba air mata jatuh mengalir apabila teringat kenangan saya dan anda bersama. Bersusah payah menjayakan program itu dan ini semata-mata untuk mencari pelapis dakwah, pelapis dakwah yang ikhlas berada di jalannya. Tidak mengharapkan balasan dunia tetapi balasan taman Firdaus harapnya. Tebalnya iman di saat itu, tapi sekarang……haiiiihhhhhh (mengeluh panjang).

Seperti ketinggalan gerabak dakwah, mereka dengan gembira tidak kisah sama ada gerabak itu ada pemandu atau tidak, mereka cekal dan bersemangat untuk menggerakkan gerabak itu, ini kerana keikhlasan niat mereka yang mengharap redha Allah. Dan saya? ……………

Tertinggal di stesen yang sangat maju, sehingga buatkan terlalai sementara, dan apabila terhantuk baru bersemangat dan betullah firman Allah (3:14)

“Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik (Syurga).”

“Di dalam sujud ku berdoa, agar tidak tertinggal gerabak dakwah dan tarbiyah, agar semppat ku mengejarnya.  Andai ku tertinggal jauh, ku berharap agar Allah mengurniakan kepantasan untuk ku mengejar semula gerak dakwah dan tarbiyah itu……”



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...