Monday, August 5, 2013

Seindah Nama, Setinggi Peribadi......



28 Ramadhan 1434

Salam 'alaik

Di petang Ramadhan, di bilik volunteer SHAS mosque….


Alamak aku dah terlambat nak tolong Asifah ni, memang begitulah rutin akhwat ketika bulan Ramadhan, kami jadi volunteer masjid untuk menguruskan segala-galanya. Syawal dah semakin hampir, kebanyakan akhwat dah pulang ke kampung berbakti kepada keluarga pula. Hanya tinggal beberapa. Seperti biasa, saya akan datang ke masjid petang hingga selepas selesai solat terawih, weekend baru dapat tidur di masjid sebab kekangan waktu bekerja (tengah praktikal).


"Assalamualaikum. Eh Khali ad lagi? Bila balik kg?" Sambil buka pintu bilik volunteer.

" Wa'alaikumussalam Kak Mar! saya balik esok la."


"Lorhh, igt arini, bagus-bagus ada teman hehehehe." Sambil meletakkan beg ke dlm almari. Saya duduk sebentar menyapa akhawat lain.



"Khali nak turun dah ke? Turun sekali eh. Siapa tu?" Tanya saya kepada Nuri.


"Adik Nuri."


"Owwh macam muka kak yus la hehehe"


"Siapa nama? Tanya khali sambil  bersalaman."


"Rabiatul Adawiyah" jawabnya tersenyum.


"Sedapnya nama, nama serikandi, nama akak pulak khalijah, macam khadijaahhh."


"Hoohoo, nama akak poon istimewa la, Mardhiah hehehehe."


"Waahhh bagusnya, semua nama serikandiiiii!"


"Yela nama saya je bukan serikandi, nama saya Nuri."


"Eh ada makna tau, cahayaku." Sampuk kak khairiah kalau tak silap.


Kami ketawa bersama.


Memori indah di petang ramadhan bersama akhwat.

Biarpun nama kami kedengarannya seperti nama-nama klasik,
Tapi kami bangga dengan sirahnya yang menggegarkan dunia, 
Itu yang memotivasikan kami untuk jadi seperti mereka, 
Biarpun kami berjauhan dengan mereka tetapi kami di panggil bersandarkan nama mereka. 
Sudah cukup untuk menaikkan semangat kami membentuk peribadi seperti mereka, 
Sesungguhnya mereka itulah serikandi Islam dan bidadari syurga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...