26 Muharam 1432
Salam 'alaik...
Dalam happy2 kite menyambut new year ni. Jom kite baca ini cerita...
Seronoknya menjadi muslimah, di saat anak gadis lain sibuk meneliti REMAJA, produk terbaru Silky Girl, album terbaru artis antarabangsa, seorang muslimah sibuk membaca SOLUSI, berusaha memujuk dii daripada membazir dan hatinya asyik beristighfar tatkala membuka tv dan terpandnag iklan-iklan yang mengotorkan hatinya.
Masa gadis-gadis lain dimain-mainkan dengan sms kawan-kawan lelaki, tengok love movie.
Masa seorang muslimah dimain-mainkan dengan terlajak masa yang dijadualkan ketika menulis karya-karya dakwah, asyik menonton Sang Murabbi berulang-ulang. Seorang muslimah itu berkeadaan sedar, masa yang di salah guna.
Seronoknya menjadi pelajar musimah, assigment dan study diusahakan sehabis baik. Kala futur dan resah dipanjatkan pada Illahi. Dia akan meratap tak henti-henti pada Kekasihnya dan air mata itu penghibur duka. Seronoknya menjadi pelajar muslimah, ijazah itu dihadiahkan buat agama, ilmu itu ditimba tak mengira.
Seronokya menjadi mujahidah itu sentiasa sedar Allah bersama. Sentiasa rasa kurangnya diri, dan berkeazaman yang tinggi untuk sentiasa memperbaiki diri. Seronoknya menjadi mujahidah itu, sahabat karib mahupun kawan biasa dirai, sentiasa beruasaha menjadi sosok daie yang sejati.
Seoroknya menjadi anak gadis yang soleha itu, berusaha meringankan beban orang tua tanpa diminta. Kurang meminta-minta, ingin selalu memberi. Seronoknya menjadi anak gadis yang soleha itu kerana selalu diiringi redha, tabah tak kira apa.
Seronoknya menjadi muslimah itu, sentiasa menanti cinta dalam diam. Disimpan rapi jauh-juah dilubuk hati. Dialah pencinta yang setia. Dia memilih calon suami lewat dalam doa dan ukurunnya bukan model-model majalah. Idolanya bonda As-Syafie, gigih mempersiapkan diri sejak zaman gadisnya demi memastikan zuriat yang bakal dilahirkan menjadi mujahid membela agama.
Seronoknya menjadi muslimah multi-talent. Baik di dalam mahupun di luar rumah tangkas bergerak . Penuh stamin. Demi memastikan diri tetap fit di saat-saat genting apabila tiba waktu kehamilan mahupun ketika menyusukan anak.
Mujahidah itu sentiasa rindukan kerehatan syurga.
Indahnya menjadi muslimah.
sumber,
wasilah kefahaman & kebenaran (uia) 30 September 2010/v21 syawal 1431h.
sumber,
wasilah kefahaman & kebenaran (uia) 30 September 2010/v21 syawal 1431h.
No comments:
Post a Comment