25 Muharram 1432
Salam 'alaik
Bacaan Imam banyak salah.
Q: Bagaimana kedudukannya dalam solat berjemaah jika bacaan imam banyak salah dari sudud tajwidnya (bacaan surah dan lain lain), Cuma bacaan al-Fatihahnya masih betul?
A: Solat berjemaah itu hukumnya sah kerana yang wajib ialah al-fatihah. Selagi bacaan al-Fatihahnya betul maka sahlah seseorang itu menjadi imam, walaupun banyak tersilap dalam bacaan surah. Namun perbuatan itu membawa kepada dosa sekiranya dia tidak berusaha untuk memperbaikinya, yakni dia membaca seara salah hukumnya berdosa. Solatnya tetap sah, selagi bacaan al Fatihahnya betul.
Dijawab oleh: Ustaz Fadzli Al-Yamani
Menunaikan haji dengan wang KWSP
Q: Saya bercadang pergi menunaikan haji dengan wang KWSP. Adakah wang daripada sumber tersebut dikira bersih untuk menunaikan haji atau masih dikira syubhah kerana dikira sekali dengan keuntungan dan dividennya?
A: KWSP ialah kumpulan Wang Simpanan Pekerja, duit itu duit kita yang disimpan melalui potongan gaji secara bulanan. Duit itu dari semasa ke semasa akan bertambah nilai dividen dan keuntungan, yang mana kita tidak buat apa-apa pelaburan. Duit itu hanya disimpan dan KWSP mengagihkan keuntungan yang diperolehi kepada kita, atas nama dividen. Ini sama seperti kes dirab, atas persetujuan suatu pihak menggunakan duit kita, dilaburkan dan keuntungan diagih semula kepada kita. Maka keuntungan itu adalah duit kita, jika digunakan untuk menunaikan haji maka hukumnya sah.
Dijawab oleh: Ustaz Fadzli Al-Yamani.
Sumber : Majalah Solusi.
No comments:
Post a Comment