Sunday, September 19, 2010

PENCARIAN

11 Syawal 1431H


Assalamualaikum w.b.t...
Wanita itu umpama mawar berduri..


Salam Aidilfitri buat mereka yang membaca entri ini N selamat berpuasa sunat 6 di bulan Syawal seperti mana ia menjadi sunnah kpd umat islam di samping mendapat ganjaran yang hebat dalam menunaikannya.

Kire-kire dalam dua minggu aku tak update blog ni. Maklumlah sibuk dgn persiapan raye, dgn line pon kejap ade kejap takde dari buat aku sakit hati baik aku cuti kejap dari ber-online. Dalam sibuk2 tu..tetibe telintas sajak yang pernah aku baca di majalah SOLUSI, ntah la mungkin sajak tu berkait rapat ngan para muslimah tu yang membuatkan teringat-ingat kate-kate dlm sjak tu. Aku pon ape lg selongkar la rak buku kepunyaan abg aku. Yes!! jumpe pon..

Please read in deep, get the point n look at in our self...

PENCARIAN

Suatu kisah
Kisah benar belaka
Seorang lelaki dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa 
Diusulkan emak tersayang.

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu mendamping solehah
Sejuk mata memandang 
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si lelaki mulakan istikharah 
Hampir seminggu 
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula.

Si lelaki menjenguk ke web
Laman Friendster kegeraman ramai
Yang kini Facebook
Satu keajaiban!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun 
Bertudung labuh litup
Bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Hanya kerana gambar ditayang
Pemilihan terbatal.

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu 
Tidak menegur dan ditegur.

Akhirnya 
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si lelaki tetap
Tidak berganjak dengan keputusan.

Wahai Muslimah
Aku dan kamu 
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan
mereka
Kerana wanita solehah itu 
Lebaih baik daripada
seribu lelaki yang tidak soleh.

Moge kita same2 dpt ibrah dr sajak ini.
Akhowat n ikhwan sekalian percaya ayat al-quran yang menyatakan " lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik" kan?
Sekiranya antum ingin mendapat suami atau isteri yang baik dan sekiranya antum merasakan masih bnyak yang kurang dalam diri antum improve kan dri untuk menjadi terbaik, itulah huraian ayat tersebut. Insya Allah janji Allah itu pasti. 

P/S:
Tidaklah aku mengatakan diri ini hebat, aku juga sedang menampal-nampal keburukan diri ini. Jika ada muslimah di luar sana peribadinya umpama istana yang di jaga rapi, sedang diri ini umpama pondok buruk yang perlu banyak diperbaiki.


1 comment:

  1. Sajak diambil dari majalh solusi keluaran ke 18.
    Nukilan Nor Azleen Shamsudin....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...