Sunday, August 29, 2010

I'tikaf @ SHAS Mosque, UIA Gombak

20 Ramadhan 1431H
Assalamualaikum w.b.t..


Alhamdulillah terlalu banyak pelajaran yang aku dapat sepanjang berpuasa di UIA. Seperti tahun sebelumnya UIA akan mengadakan I'tikaf selama sepuluh hari di masjid SHAS bermula 28/8/10 - 6/9/10. I'tikaf bermaksud duduk dimana student digalakkan untuk 'berkampung di masjid'. Kire macam masjidku rumahku la.. Time tu la kita merapatkan diri dengan Allah meluangkan masa yang sepenuhnya dengan Dia, lupa sebentar kesibukan study, kerja dll, disamping bertadarus dan usrah. I'tikaf adalah salah satu sunnah Rasulullah oleh itu, kita digalakkan untuk mengamalkan sunnah ini. Ramai jugak yang berkampung di UIA student dari luar pon ad yang hadir seperti student Sek Al-Amin, UIA P.J n Nilai, UPM n etc. Alhamdulillah..

Dengar cerita dari senior kalo sepuluh malam terakhir lagi meriah. Alhamdulillah, semalam aku dapat join program tu. Insya Allah selagi ada masa yang lapang aku cuba untuk menghadiri program tu. Banyak pengajaran yang aku dapat bila bersama dengan mereka. Sehingga membuatkan aku kagum pada seseorang.


Namanya sister Siti Hasliza, dia ex-lect matrik UIA. Sekarang ni dia sambung PhD di Jordan dalam Bahasa Arab umur lebih kurang 27, 28. Masya Allah aku kagum dengannya bila kami ditemukan di dalam talk merebut malam Lailatulqadr dimana dia telah menjadi speaker. Orangnya sangat merendah diri. Setiap cuti di bulan Ramadhan dia akan meluangakn masa di UIA mungkin dalam 1 atau 2 haribulan dia akan balik ke Kelantan dan selepas raya dia akan sambung kembali pengajiannya di Jordan. Aku tertarik mendengar pengalamannya tak lepas jugak student yang bertanya solan dan tips darinya. Dia selalu berkata,
"saya suka memberi"
maknanya tanyalah seberapa banyak soalan, selagi mampu dia akan menjawab kerana dia berkata,
"orang yang memberi adalah lebih baik dari menerima"
Aku kagum dengannya kerana dia bersemangat menuntut ilmu dia sangat cintakan Bahasa Arab. Ada seorang student bertanya,
"Akak memang dari bachelor, master ambil Bahasa Arab ya? Memang minat Bahasa Arab ke?"
Dia menjawab,
"Saya sangat cintakan Bahasa Arab, Wallah! Saya cintakan ia hingga akhir hayat saya. Kerana dengannya saya memahami al-quran sehingga membuat saya menangis, sehingga membuat saya gerun pada Allah, dengannya saya mampu berhujah. Subhanallah..."

Malah dia juga suka mengkaji contohnya berkenaan pemakaian purdah dalam Islam, isu-isu terkini. Dia juga tidak gentar untuk berdebat dengan professor-professornya, Masya Allah. Apabila dia berkata kami seolah-olah tercengang mungkin kefasihannya dalam berbahasa Arab sehingga ada yang menyangka dia orang Arab. Subhanallah alangkah nikmatnya belajar Bahasa Arab, Bahasa Al-quran, Bahasa yang rasulullah gunakan.

Antara nasihatnya:

  • Berdoalah kepada Allah supaya jadikan al-Quran itu sahabat dan teman baik kita. Kerana prcayalah ketika kita sedih, gembira, takut al-Quran itu akan datang kepada kita. Datang bermaksud, ayat-ayat al-Quran itu berlegar2 dlm memori untuk memberi peringatan kepada kita.
  • Bergantung harap kepada Allah, jangan mudah putus asa dan putus doa dengan Allah. Kerana Allah itu paling dekat dengan kita, Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengerti.
  • Ujian dan dugaan itu menjadikan manusia bertambah kuat dan mantap imannya.
  • Belajar itu tiada penghujungnya. Jadilah seorang pemberi kelak apa yang kita ada akan dilimpahkan rahmat.
  • Jangan jadi orang Islam yang ikut mengikut. Jadilah orang Islam yang tahu sebab munasab kenpa perkara itu dan ini terjadi. Sekiranya ada khilaf tentang sesuatu perkara jangan malas mengkaji dan membuat rujukan. Kita perlu jadi orang Islam yang berilmu.
  • Jadiah manusia yang matang melebihi umurnya. Maksudnya jadilah manusia yang mempunyai ilmu yang luas. Bukan dalam satu bidang malah mampu untuk menguasai lebih dari satu bidang.
  • Berdoa, berdoa dan berdoa......

Dari situ aku merasakan betapa kerdilnya diri ini, berbanding mereka yang hebat mendalami al-Quran. Masya Allah banyak yang perlu aku belajar. Anda boleh melayari blognya @ http://sitihaslizaa.blogspot.com/
Sesungguhnya tidaklah yang menulis ini lebih baik, yang lebih baik adalah orang yang membaca dan menyebarkannya.


1 comment:

  1. Penambahan maklumat:
    Beri'tikaf adalah sebahagian daripada sunnah yang sentiasa dilakukan rasulullah s.a.w pd 10 mlm t'akhir pd bln ramdhan. Bahkan pd thun kewafatan baginda, Rasulullah s.a.w melakukan i'tikaf selama 20 hari. I'tikaf bermaksud mendampingi masjid. Tujuan i'tikaf ini ialah utk membersihkan hati dgn mengingati Allah dan taqarrub (berdampingi) dgn Nya yg Maha Pencipta dgn hati yg ikhlas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...