Saturday, August 28, 2010

Ya! Saya setuju. (Sambungan:Maaf! saya tidak boleh menerimanya)

19 Ramadhan 1431H
Assalamualaikum w.b.t....

Hhhmmm tak sangka entri yang pertama tentang Aku Tidak Boleh Menerimanya ni ada follower. Thanks tiqah coz melapangkan masa utk membace =). Lantaran permintaannya aku berusaha utk memerah idea menyambungkan jalan ceritanya......


Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Kini gadis itu sudah menjejaki usia 24 tahun dimana dia berada di tahun akhir dalam program degree. Sepanjang pengajiaannya sedaya upaya dia menjaga niat serta pandangan dari hasutan syaitan. Jika teman sebayanya kini masing-masing mepunyai pasangan. Berbeza dengan si gadis ini yang menyerahkan separuh perancangan jodoh kepada pemilik hatinya Allah Yang Esa dan separuhnya adalah tugasnya untuk berusaha.

Cuti semester kali ini sangat dinantikan oleh kedua ibu bapanya. Dia telah dilamar oleh seorang pemuda yang tanpa disedari olehnya selama ini telah sabar menantinya. Pemuda itu telah dimaklumkan 2 tahun yang lalu  oleh ibu bapa gadis itu bahawa 

"Dia hendak memberikan sepenuh comitmentnya di pelajaran. Takut jika dirisik awal dia akan menolak nanti."

Penuh dengan adat pemuda itu merisik dengan mewakilkan ibu bapa si pemuda untuk merisik si gadis itu. Si pemuda yang tua 3 tahun darinya memang dikenali sebagai seorang yang patuh agamanya dan merendah diri, berlatar belakangkan keluarga yang baik-baik. Namun, si gadis itu masih meminta tempoh masa supaya dalam tempoh itu dia mampu untuk berbicara dengan pemilik hatinya yang hakiki supaya memberikan petunjuk.

Cukup seminggu si gadis memberi jawapan bahawa dia bersedia untuk menjadi zaujah kepada si pemuda itu. Antara sebab yang meyakini bahawa pemuda itu mampu untuk menjadi imam bakal keluarga yang dibina adalah kerana selama tempoh gadis itu berfikir pemuda itu tidak pernah menghubunginya apatah lagi berbicara dengannya.Berlainan dengan pengalamannya sebelum ini, dia pernah dilamar tapi pemuda yang melamarnya seolah-olah memaksa dia untuk menerimanya malah belum ada apa-apa ikatan sudah mengajaknya untuk keluar berdua.

"Itu bukan prinsipku!!".

Kata bijak pandai:

"Apabila kamu igin memilih pasangan, lihatlah teman-temannya. Kerana teman-temannya akan mencerminkan siapa dia sebenarnya."

Jika pemuda itu pulang ke kampung untuk bercuti tugas imam akan diserahkan kepadanya. Lantaran pernah menjadi makmum kepada pemuda itu si gadis itu kagum melihat ada pemuda yang berani memikul tanggungjawab seorang imam. Dan itulah antara sebab yang penting dia meyakini untuk memberikan jawapan 

"ya..saya setuju". 

Pemuda sejati di hadapan Allah S.W.T adalah pemuda ynag berbekal ilmu dan bertaqwa. Jika dua bekalan itu tidak dimiliki ia bukanlah pemuda sejati!
Hadith riwayat al-Tarmizi mengatakan:

"Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerusakan di atas muka bumi."

Di akhir semester gadis itu telah menjadi tunangan orang. Sepanjang tempoh pertunangan mereka hanya menggunakan orang tengah untuk berurusan seperti adik beradik dan ibu bapa. Bertunang bukanlah lesen untuk mereka berjumpa sesuka hati  malah bertunang adalah ujian bagi meraka supaya tidak terpedaya dengan permainan syaitan. Apabila kejayaan dan kerjaya di dalam genggaman mereka dinikahkan dengan sederhana mungkin. Kerana bagi pasangan itu,

"Tidak perlu membazir untuk meraikan perkahwinan kerana takut tidak diberkati Allah. Cukuplah keredhaan dan keberkatan kedua ibu bapa dituruti keredhaan dan keberkatan Allah menjamin kebahagiaan mereka didunia dan akhirat. "

Kini, tugas gadis itu sudah berubah dari taat kepada ibu dan bapa kini perlu taat sepenuhnya kepada suaminya selagi mengikut syarak. Walaupun mungkin tugas itu lebih berat kerana dia menjadi telah menyambung pengajiannya dalam master, menjadi seorang isteri dan bakal menjadi seorang ibu. Baginya,

"Ilmu itu penting biarpun dimana statusnya ilmu dan agama itu perlu dituntut supaya ilmu yang dituntut mampu disebarkan dan agama yang di tuntut mampu membentuk generasi yang bakal dilahirkan. Agar generasi yang bakal dilahirkan mampu untuk memegang amanah yang Allah berikan. Agar generasi yang bakal dilahirkan mampu untuk mengangkat Islam kembali di kondisi yang pernah Rasulullah dan sahabat membuat semua makhluk di dunia menyanjung Islam."

Begitulah harapan dan misi yang perlu dilaksanakan oleh pasangan. Mereka percaya:

"Selagi nyawa di kandung badan selagi itulah amanat Allah perlu dilaksanakan sebaik baik mungkin kelak tidak di soal diakhirat nanti."

Harapan yang disandarkan kepada Allah supaya mereka mampu untuk menjadi pasangan yang diberkati di dunia dan akhirat.  Dan berharap agar di akhirat kelak mereka dapat berkumpul sebagai keluarga sakinah. Doa dan zikir sentiasa meniti di bibir pasangan itu.

Tamat----

2 comments:

  1. Salam, Mar...
    Terima kasih banyak ye sbb sudi lyn karenah kite. Org kte jgn buat keje skerat jln. Hehe... jalan cte ni bagus la. Leh jd sumber inspirasi. Tq byk2 ye..

    ReplyDelete
  2. Salam...
    hahaha ye la wat keje jgn skerat jalan..
    keje yang lain belmbak lmbak hahahaha...

    Masih bnyk kekurangan cerite tu...Takpe mane yang boleh diambil pgjaran..ambil la.. moga dpt diaplykan dlm khidupan kite Insya Allah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...