Thursday, July 29, 2010

Rinduku Pada Tanah Suci

 17 Syaaban 1431

Assalamualaikum w.b.t....


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
Dr Malaysia transit di Singapore terus ke Jeddah

Hanya ungkapan itu yang aku mampu ungkapkan bila mak dan abah mengajak aku dan abang aku pegi umrah bersama mereka. Masya Allah tiada ape yang dapat digambarkan. Walaupun sudah hampir beberapa bulan aku menunaikan umrah tapi aku rasa baru semalam aku menziarahi makam Rasulullah S.A.W dan sahabat, baru semalam aku tawaf di keliling kaabah, baru semalam aku berpijak di masjidilharam dan masjid nabawi. Subhanallah sungguh indah saat itu. Tiada apa yang dapat digambarkan. Alhamdulillah..

Tiada tempat yang aman, indah, damai melainkan Mekkah dan Madinah. Sayu hatiku apabila mengigati kenangan kami berada di sana. Walaupun kami pergi dua minggu tapi terlalu banyak kenangan di sana. Ketika aku bersendirian, aku mengigati tempat-tempat sejarah di sana, keadaan di sana, azan di Mekkah dan Madinah sehingga menyebabkan air mataku keluar tanpa di sedari. Aku rindukan tanah suci ya Allah....
Masjid Nabawi


Ka'abah

Sebelum pergi menunaikan umrah abang sepupuku dan isterinya berhasrat igin menunaikan umrah bersama kami. Tetapi disebabkan hal yang memang tidak dapat di elakkan abang sepupuku terpaksa membatalkan niatnya. Tapi..rezki itu Allah yang tentukan. Alhamdulillah pada 4 Ogos 2010 insya Allah, abang sepupuku dan isterinya akan menunaikan umrah. Aku mengucapkan syukur kerana tercapai niat mereka igin menunaikan umrah. Malah mereka juga berpeluang untuk menyambut Ramadhan di sana. Alhamdulillah.. Allah itu Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana dalam merancang perjalanan hidup hambanya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah tidak mengizinkan dia untuk pergi bersama kami kerana Allah telah sediakan masa yang terbaik buat dia.
Baru lepas melawat sambil membeli di ladang kurma.

Dan aku berazam untuk pergi lagi!! Insya Allah.

P/s: Puas Hati ngan pakej Multaqa Al-Iman!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...