15 Syaaban 1431H
Assalamualaikum w.b.t.......
~Cerita mungkin ada bekaitan dengan yang hidup dan mati~
Pernah beberapa tahun yang lepas ada lelaki yang melamar cintanya ketika sedang menuntut. Hatinya gusar apa yang perlu dibuat. Dia hanya mampu berkata,
"Maaf, saya tidak boleh menerimanya."
Walaupun dirajuk dirayu oleh si lelaki pendiriannya tetap tegas. Sehingga si lelaki berkata,
" Saya akan tak akan contact awak jika awak tak terima jadi teman wanita saya!".
Biar pun dia mungkin hilang seorang teman tapi dia tetap dengan keputusannya,
"Maaf, saya tidak boleh menerimanya."
Maka, terputuslah hubungan dia dengan si lelaki. Baginya,
"Tidak rugi hilang teman yang hidupnya tunduk mengikut kata hati dan nafsu. Lagi rugi sekiranya aku menerimanya, kemudian aku makin berjauhan dengan Allah. Ya Allah, lindungi aku dari berjauhan dengan-Mu, Jangan kau biarkan aku sendiri di dunia fana ini...."
Sejak itu bermula la episod baru bagi gadis ini....
Dia hanya seorang gadis biasa, dari segi pemakaiannya,percakapan, dia hanya petah jika bersama dengan muhrimnya tidak dengan bukan muhrimnya. Dari luarannya mungkin mereka tidak dapat menafsirkan siapa sebenarnya gadis ini.Pendiriannya,
"Sekiranya igin berbicara dengan mereka yang bukan muhrim, perlu diminimumkan!"
Disebabkan pendidIrian nya itu dia selalu mengelak untuk berurusan dengan mereka. Sekiranya seorang lelaki itu cuba untuk menelefon tanpa sebarang tujuan nescaya dia tidak akan angkat telefon biar pun si lelaki menelefon bepuluh-puluh kali. Sekiranya si lelaki itu ada tujuan menelefon, dia akan berhubung melalui rangkaian internet e-mail, facebook, etc. contohnya. Bagi dia,
"Menurut ilmu tauhid maklumat yang diperolehi dari mata adalah 50%, telinga 30%, dan 20% anggota lain. Ini membuktikan rangsangan deria lihat dan deria mendengar lebih kuat dari deria yang lain. Sebab itulah diharamkan lelaki bertemu perempuan. Bercakap hanya perlu!".
Dia juga seorang gadis biasa yang ingin dikasihi, diberi perhatian, dicintai. Namun,perasaan itu perlu dikawal jika tidak pasti syaitan akan merajai perasaan itu dan akan melibatkan kemungkaran. Baginya,
"Perasaan cinta dan sayang itu mahal harganya dan ia tidak boleh dimiliki dengan mudah apatah lagi diberi dengan percuma kepada 'dia' yang bukan halal untukku!"
Dia percaya bahawa Allah telah menjanjikan seorang imam(suami) yang halal baginya untuk membawanya dekat pada yang Maha Esa. Dia tidak pernah risau, gentar, untuk memikirkannya kerana janji Allah itu pasti!!
Sekiranya ada masa yang lapang insya Allah cerita ini akan bersambung........
Salam...
ReplyDeletecepat la Mar.
orang dah tak sabar nak tahu cerita selanjutnya ni.
Hish !
:D
salam...hahahaha...ad jugak yg follow ropenye.. Lmbat sket kot smbungan nye..ngeh ngeh ngeh
ReplyDeleteHah, memang ada yang follow pon.
ReplyDeletelambat takpe, jangan sampai tak bersambung sudah :D