Wednesday, April 17, 2013

Ni la masanya...

Salam 'alaik...

Allhu rabbi, syukur dgn nikmat yg diberi, syukur masih berkesempatan menaip blog ni, haiiihhh blog yg hidup segan, mati tak mau huhuhu... Tak tahulah sama ada masa tak cukup atau saya yang tak menguruskan masa dengan betul. Yang pasti memang tak sempat nak update blog, bukan tu je, nak buka fb, email apa2 je la. Laptop ni mmg di beli untuk buat assignment je. Time Assingment dah nak kena hntar barulah laptop ni terpasang 24jam. Kalau tak sehari berapa minit je bukak tu pon nak update antivirus. Mngkin saya bukan jenis yg b'teknologi sgt kottttttttttttttt.

Ahah, tp arini tetiba ada masa FREEEEEEEEEEEEE nak update blog eh. Allah beri saya ruang untuk berfikir dan merancang sbb selepas ni saya kena berkerja 24 jam tanpa henti. Mungkin sebelum ni saya tertekan dengan 'kerja2' yg di lakukan sampai menangis T_T (hai takde la kuat sgt dak mardhiah ni), tp saya mmg terkesan dgn kata shbt saya dlm sebuah pertemuan...

"Kerja dakwah ni tiada istilah rehat, kita kena buat 24jam, ada orang yg akan stop kerja dakwah dia apabila tiba musim exam, musim cuti, tapi sbnrnya dakwah ini tak mengikut musim, tgk Rasulullah macam mana dia berdakwah, macam mana dia turun ke medan untuk menegakkan agama Islam...time bulan puasa diorang dok berperang, dah la puasa panas terik pulak tu, moga mereka menjadi semangat kita untuk meneruskan dakwah ni"

Gulp! hah itulah jwpn yg saya cari. Saya menangis tertekan sebab time tu saya dihimpit dengan midtermnya, dengan discussionnya, dengan assignmentnya, dengan programnya, dengan itu dan ini. Sehingga saya sendiri yang memutuskan untuk pause sebentar daripada kerja2 ni.

Dan saya kembali teringat kata-kata sahabat yang hebat ini...

"Sometimes kita rasa down lakukan kerja2 dakwah ni sebab kaki tangannya tak ramai, sometimes kita nak lepaskan semuanya, dan apabila perasaan tu ada, jangan biarkan ia menguasai hati, cepat-cepat istighfar dan berada bersama akhawat, kerana kata-kata mereka mampu mengubat hati yang kosong itu"

Itu benar! Saya dah mengalaminya....dan mugkin ini je masa yang saya ada untuk update blog coz diberi cuti paksa mc dek kerana terkena chcken-pox. Moga kerja dakwah saya tidak terhenti sepanjang cuti ni.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...