Friday, November 2, 2012

Rindu Dan Sayang Dia.......

17 Zulhijjah 1433

Salam 'alaik....


Dua tiga minggu kebelakangan ni, UIA di landa taufan midterm dan assignment, menyebabkan ada satu dua program terpaksa tidak dapat sertai -haiiiihhhh, macam memberi alasan je =(.

Dek kerana kesibukan yang sengaja tak di uruskan dan di jadualkan, agak sukar untuk berjumpa dengan si dia. Namun dalam hati tak putus-putus menyebut namanya, satu demi satu. Kenangan dengan si dia sungguh indah, membuatkan hati melonjak-lonjak untuk bertemu dengannya. 



Jika dulu ucapan sayang dan rindu itu seperti asing bagiku, namun sejak mengenalinya mudah sahaja ucapan itu keluar dari mulutku. Betapa istimewanya si dia. Di saat duka, ingat saja watak dan kata-kata si dia mampu membuatku senyum keseorangan. Di saat suka, dialah orang pertama yang ingin ku kongsikan cerita.

Indahnya bersama si dia........

Dan siapakah si dia?

Dia adalah.............................

Teman halaqahku=)




Madah Umar al-Khatb buat yang tersayang,

Malam berlalu,
Tapi tak mampuku pejamkan mata,
dirundung rindu,
Kepada mereka yang wajahnya
mengingatkanku akan syuga,
Wahai fajar terbitlah segera,
Agar sempat ku katakan pada mereka,
"Aku Mencintai Kalian Kerana Allah".

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...