Thursday, September 27, 2012

Cantik Objektif ke subjektif??

12 Zulkaedah 1433

Salam 'alaik.....

Alhamdulillah, bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kerana-Nya saya masih bernafas hingga ke saat ini. Setelah bebulan-bulan tidak update blog, terasa macam nak tepu juga otak ni bila banyak sangat yang nak di sharekan di blog tapi tak tertulis-tulis. So, entry yang saya nak sharekan pada kali ini adalah……

Cantik objektif ke subjektif? Ahaaa kalau dalam exam objektif ni sinonimnye dengan mcq atau pun jawapan yang telah disediakan dan pilih je yang mana satu yang paling tepat. Tapi subjektif pulak, it comes from your own idea n selalunya soalan subjektif senang score dari soalan objektif. Ops! Bukanlah saya nak kasi tips exam di sni, Cuma nak gambar kan je ape tu objektif, ape tu subjektif.


So, begitu juga dengan cantik. Kalau perasan la dalam iklan tv berapa banyak iklan yang suruh pakai produk itu dan ini, nak kurus, nak putih, nak macam-macamla lagi. Kengkadang naik rimas pulak!. Sampaikan mind-set kita sekarang ni mengatakan, “ Okay kalau cantik kena tinggi lampai, kulit putih, hidung mancung, muka bujur sirih, etc.”. Selagi tak ada criteria ni bukan cantik la namanya. See that, betapa bias nya manusia sekarang. Bayangkan kalau definasi cantik tu objektif sebegitu, owwhh man ramai laaa yang membujang. Teringat saya kisah yang disampaikan oleh ukhti Sarimah, seorang mualimah. Suatu hari anak muridnya berkata, “Mualimah saya rasa macam nak bunuh diri.” Ukhti ni menyoal, “Kenapa?” dan anak muridnya menjawab “Saya tak cantik!”. Astaghfirullah… sampai begitu sekalikah?

Inilah akibatnya kalau kita disogok dengan produk-produk kecantikan yang menjanjikan janji palsu. Bukankah ciptaan Allah itu sememangnya cantik. Adik-adik, kakak-kakak, sahabat handai diluar sana, sedarlah yang kecantikan kita rasai itu akan lekang di telan masa. Hidup kita di dunia bukanlah bertujuan untuk melawan satu sama lain siapa yang lebih cantik, tapi kita diciptakan adalah untuk beribadah kepada-Nya. 


“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku” (51:56)

Kekuatan fizikal, tubuh yang sasa dan wajah yang tampan tidak menjadi sebab keutamaan seseorang ke atas yang lain pada pandangan Allah, (petikan dari buku fiqh al-awlawiyat) seperti dalam hadith Rasulullah yang bermaksud:


“Sesungguhnya Allah ta’ala tidak akan memandang kepada betuk fizikal dan keelokan wajahmu, namun Dia melihat kepada (kenurnian) hati kamu” –H.R Imam Muslim dan Abu Hurairah-

Di dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w menyebutkan:

Maksudnya: “Pada hari kiamat nanti ada seoarng lelaki yang betubuh gagah dan sasa, namun berat timabangannya tidak melebhi sebelah sayap nyamuk di hadapan Allah ta’ala. Bacalah oleh kamu ayat ini, mafhumnya: “…Dan kami tidak akan memberikan apa-apa markah(timbangan) bagi amalan mereka pada hari kiamat” –H.R Imam al-Bukhari dan Muslim, 18:105)

See, Allah itu tidak melihat pada ratu cantik untuk dimasukkan ke syurga, tapi Allah melihat setinggi mana iman seoarang hamba itu kepada-Nya. Bukanlah saya nak kata kat sini yang cantik tidak masuk syurga, tapi nak mengatakan cantik tu bukan lah criteria dijamin syurga. Tapi kalau you all cantik + iman yang hebat = Waaahhh osem, macam Khadijah r.a, Aishah r.a, Fatimah r.a, etc.


So, apa yang kita nak buat sekarang? Apa! Nak pegi beli produk jamu mak limah. Ishh bukan lah, nak pegi mantapkan iman daaa. Owwhhhh sweeeeeettt!!! 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...