Monday, July 2, 2012

Guest.Majlis.Pengantin.

20 Sya'aban 1433

Salam 'alaik

"Kompang di palu, pengantin baru,
duduk bersanding tersipu malu,

Kompang di palu, pengatin malu
moga bahagia ke anak cucu"



Alhamdulillah tahun ni ramai member-member dan sepupu sepapat yang telah malangsungkan pernikahan dan yang akan melangsungkan. Barakallahu lakuma.....

Saya sangat-sangat la mohon maaf kepada kawan baik saya 'Siti Syafikah bt Ab. Sani dan pasangannya Ahamad Daniel' (errmm sorry tak ingat name penuh la fika =) tak dapat datang because clash dengan pernikahan sepupu saya. 

"Moga Allah melimpahkan rahmat dan rezeki, anak-anak yang soleh, dan moga korang berdua berkekalan hingga ke jannah. Insya Allah." 

Memang tak dinafikan tahun ni sangatlah ramai yang kahwin baik member-member saya mahupun kawan-kawan ayah saya (menyibuk juga kengkadang tu ikut =p). Ada yang dapat pergi ada yang tak dapat pergi atas faktor2 tertentu.

Setiap kali saya melangkah ke majlis perkahwinan saya suka melihat guest yang datang. Owwhh it doesn't mean yang saya cuci mata tengok pria-pria ya!!. Saya melihat bagaimana mereka dress up, bagaimana mereka berbicara, bagaimana mereka gaze to another (haiihhhh ni datang majlis kahwin ke nak buat research??). 

Saya terbaca wardina tak silap saya, dia kata lebih kurang begini;

"Seronoknya melihat tetamu yang datang menutup aurat, betapa barakahnya majlis perkahwinan itu di hadiri oleh mereka-mereka seperti itu" -I'm trying to find that post, but saya tak jumpa, mungkin dia selalu update fb so post tu tak dpt cari-

Apa yang saya nak stress on di sini ialah pakailah pakaian sesuai dengan acaranya, at least hormat majlis tersebut. Majlis perkahwinan biasanya akan ada bacaan doa, selawat, malah pengantin sangat mengharapkan doa daripada tetamu. Jadi, kalau kita nak majlis yang diberkati Allah, majlis yang dihadiri para malaikat as a guest and pengundang we must aware about that. 

Tak mungkin la dapat kad kahwin and kita sibuk nak pakai baju renang kan?kan?. The bottom line is guest refleks dengan siapa kita berkawan / bersocial ye tak? Jika kita ada kawan non-muslim pon saya rasa mereka faham jika kita ajak mereka ke majlis sebegini, diorang akan pakai proper dress. Tapi, yang memuykilkan saya, ada juga orang kita kalau pergi ke majlis sebegini pakaiannya macam nak masuk acara renang, ada jugak yang pakai transparent. Adooiiihaaiii sakit jugak lah mata ni memandang.Tak kisah la anda berada di kotaraya metropolitan atau berada di kampung kak limah, Islam itu selari dengan kehidupan kita, mudah di praktikkan. Nak tahu tak? Sebenarnya orang sangat la pelik jika anda pakai sebegitu. Kan elok kalau pakai baju kurung. Baju kurung pon ada jenis-jenis dia apa! Baju kurung moden, baju kurung riau, baju kurung haa macam-mcam la lagi. Takde la old fashion pon =)

Tak kan la nak wat reminder kat kad kahwin macam ni,

"Sila pakai pakaian yang menigkut syariat Islam jika anda Muslim, jika anda non-Muslim sila pakai pakaian yang sesuai dengan majlis. Kerjasama anda sangat diharapkan"
Islam itu mudah dipraktikkan, tidak kira anda di modern era atau ancient time!!. Indahnya Hidup Bersyariat =).

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...