9 Rejab 1432
Salam 'alaik
Tak lambat rasanye untuk mengucapkan "selamat menyambut bulan rejab". Moga kita dapat merebut pahala yang terbentang luas sempena bulan yang diramati Allah ini...
Hhhmmmm...dah bayar hutang puasa?????? =)
*****************
Hhhmmmm...dah bayar hutang puasa?????? =)
*****************
Manusia tertakluk untuk memelihara dua bentuk hubungan iaitu hubungan dengan Allah (habluminallah) dan hubungan dengan manusia (hablumminannas).
Secara fitrahnya, manusia tidak boleh keseorangan, seperti mana Adam a.s yang minta dijadikan teman iaitu Hawa meskipun telah dilimpahi degan pelbagai kenikmatan dan kesenangan di syurga. Kita saling memerlukan antara satu sama lain dan saling bergantungan untuk meneruskan survival dalam kehidupan.
Dalam Islam, konteks pergaulan adalah cukup luas dan mencakupi segenap aktiviti harian kita seperti dalam urusan jual beli, kerja, belajar, perubatan, penyaksian di mahkamah dan sebagainya.
Kita digalakkan untuk saling mengenali antara satu sama lain dan ini amat bertepatan dengan firman Allah S.W.T di dalam Surah al - Hujarat :13 yang berbunyi:
"Wahai umat manusia! sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsadan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuannya (akan keadan dan amalan kamu).
Harga paling berharga yang dimiliki wanita adalah rasa malu dan harga diri. Jiika wanita melepaskan pakaian malunya dan tidak lagi menjaga harga diri serta kewanitaannya, impaknya akan menimpa keluarga dan masyarakat. Maka selayaknya keluarga dan masyarakat juga turut menjaga nilai-nilai ini pada diri wanita-wanitanya. Jika wanita tidak lagi mengenakan hijab sebagaimana yang ditentukan Islam, ditambah dengan pelanggaran batas hubungan antara lelaki dan wanita, maka kerosakan akan terjadi. Hal ini kerana, syahwat manusia adalah sesuatu yang berbahaya jika tidak dikendalikan.......
Sumber: al-fahmu wasilah kefahaman dan kebenaran



No comments:
Post a Comment