12 Rejab 1432
Salam 'alaik....
Bila aku bace paper? selalunye aku tggu seminggu pastu aku bace semuanye (kalau rajin) tak pon aku pick up je bahagian mane yang rase cam best theethetheethe...Hmmmm jgn amlkn ye =)
Bace punye bace punye bace....sekali ada cerita pasal Luqman Hakim. Siapa yang tak tahu pasal kisahnya, Allah telah specific kan satu surah dalam al-Qur'an mengenai beliau. Masya Allah betapa hebatnya beliau kan. Jadi nak tahu ape ceritanya???.....
* * * * * * * * * * * * * * * *
Ahli hikmah dari Habsyah(ethiopia) ini bernama Luqman al-Hakim. Menurut al-Qur'an, Allah s.w.t menganugerahkan hikmah kepadanya sehingga beliau digelar Luqman al-Hakim (Luqman yang dianugerahi hikmah).
Nama penuhnya ialah Luqman bin Baura. Beliau berketurunan Azar, ayah Nabi Ibrahim a.s. Dalam tafsir al-kasysyaf (karya al-Zamkhsyari), Luqman digambarkan sebagai seorang lelaki berkulit sangat hitam dan berwajah buruk dengan bibir yang sangat tebal.
Namun, hati dan akhlaknya tidak seburuk wajahnya. Hatinya amat tulus dan akhlaknya sangat terpuji. Kata-kata hikmah sebagai nasihat selalu keluar dari bibirnya.
Menurut cerita tradisi Bani Israel, Luqman selalu mengeluarkan kaa-kata hikmah (ucapan yang sesuai dengan kebenaran) sehingga akhirnya banyak diketahui masyarakat.
Seseorang pernah bertanya "Bukankah kamu bekas hamba si fulan?" Luqman kenjawab, "Benar". Orang itu lalu bertanya lagi " Tetapi apa yang membuat kamu terkenal seperti sekarang?" Beliau menjawab "Kekuasaan Allah s.w.t. Aku selalu berkata benar dan meninggalkan sesuatu yang tidak berfaedah serta selalu menunaikan amanah yang diberikan kepadaku".
Tafsir al-Qurtubi, tertulis bahwa ada tiga orang yang berkulit hitam tetapi sangat terkenal dalam sejarah, iaitu Bilal bin Rabah, Mahja' (hamba Umar al-Khattab) dan Luqman al-Hakim.
Ada riwayat yang menyebut bahawa pada suatu hari seseorang terkejut melihat susuk tunuk Luqman yang hitam legam dan bebrbibir tebal.
Pada waktu itu, Luqman mengatakan "Sekalipun bibirku ini tebal, tetapi apa yang keluar dari mulutku adalah kata-kta hikmah. Dan sekalipun kamu terkejut melihat kulitku yang legam, namun hatiku putih bagaikan kaca bersih".
Isteri majikan Luqman pernah marah kepada suaminya. Suaminya lalu mencari juadah (makanan yang lazat) untuk isterinya, kemudian meminta Luqman untuk menyerahkan makanan itu kepada kesayangannya (maksudnya isterinya).
Setibanya di rumah, Luqman memberikan juadah itu kepada anjing majikannya, bukan kepada isterinya.
Setelah pulang majikannya bertanya kepada isterinya adakah beliau sudah menerima juadah yang dikirim melalui Luqman. Isterinya berkata "Luqman tidak membawa sesuatu pun untukku". Suaminya marah lalu memanggil Luqman.
Luqman menjawab," Hamba telah memberikan juadah itu kepada kesayangan tuan, seperti yang tuan pesan, iaitu anjing tuan".
Luqman menambah "Anjing itu lah yang seharusnya disayangi kerana sekalipun dihina dan disakiti, ia tidak meninggalkan tuan, manakala isteri tuan sebenarnya bukanlah kesayangan Tuan kerana beliau sering meminta cerai sekalipun tidak dihina, apalagi dipukul."
Kemuliaan seseorang di hadapan Allah tidak terletak pada keturunannya, tetapi pada ketaqwaan dan akhlaknya. Luqman adalah salah seorang yang bertqwa dan berakhlak mulia.
Ketaqwaan dan kemuliaan akhlaknya dijadikan teladan dalam al-Qur'an. Ketqwaanya kepada Allah s.w.t ditunjukkan melalui nasihat kepada anak lelakinya, An'am atau Asykam, misalnya tidak menyekutukan Allah s.w.t kerana perbuatan itu merupakan kezaliman yang amat besar ( 31:13)
Kemuliaan akhlaknya ditunjukkan melalui nasihat supaya tidak bersikap sombong dan angkuh kepada sesama manusia (31:18), dan perkataan lembut kerana seburuk - buruk suara adalah suara keldai (31:19).
Renung-renungkan, selamat beramal ^_^
Disediakan oleh: Bahagian Analisis dan Penyelidikan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Sumber: Ensiklopedia Islam, Utusan Malaysia



No comments:
Post a Comment