22 Jamadil Awwal 1433
Salam alaik...
Syukur kepada Allah kerana memberi ruang dan peluang untuk menulis bolg ni. Walaupun dalam keadaan yang agak busy, tapi janggal rasanya kalau tidak dapat kongsikan sesuatu especially kalau sesuatu tu mampu untuk membuatkan orang berfikir dan berubah ye tak??
Tunaikan hak? Hak pe plak ni?........
Dalam sehari ada 24 jam, dalam 24 jam tu ada masa untuk study (bagi pelajar), ada masa untuk bekerja (bagi yang bekerja), ada masa untuk makan, untuk tidur, untuk bergumbira, bersenang lenang dan sebaginya. Tapi pernah tak kita terfikir dalam 24 jam tu berapa banyak la sangat yang kita peruntukkan untuk BERIBADAH????????????
![]() |
makan, study, uruskan rumah tangga, nak study ishh penting semua ni.... |
Haiissshhh wey asal tulis capital word + bold? Banyak plak tanda soalnye. Ntah apaper je. Saya solat okay!!....
Hellllooooo, mari sini saya terangkan. Sedar atau tidak dalam 24 jam kita hanya memperuntukkan 25 MINIT SAHAJA untuk sujud kepada Allah. Itupon paling MINIMA dan 25 minit tu hanya untuk solat sahaja. Macam mana pulak solat sunat, bacaan al-Qur'an, puasa, sedekah, blaa,blaaa,blaaa. See, masih nak berkira-kira ke? Sedangkan Allah yang berikan masa tu pada kita. Tapi kita?? Gunakan masa untuk buat menda yang NTAH APAPER JE.
Dan kadang-kadang kita ni suka amik remeh temeh soal BERIBADAH. Contohnya:
1. "Lek ar beb, kita solat mghrib kol 8.15 suku ar. Bley terus solat isyak."
Respon: Malaikat Izrail tak tunggu sesaat kot nak ambil nyawa, "dah sedia ke beb?"
2."Huuumaaaaiihhh, penat kot wat assignment semalam, sampai terlajak subuh"
Respon : Kalau sekali sekala terlewat boleh dimaafkan, tapi kalau dah selalu lewat and kita takde effort supaya tak lewat bangun solat, "ek eleh tak payah nak bagi alasan bagai ar."
3. "Ishh solat rawatib je, yang wajib dah buat suda...."
respon: "Confirm ke dengan solat wajib tu melayakkan diri ni masuk syurga?" Bak kata ustaz Azhar, " Nak masuk hotel 5 star, agak-agak boleh ke book bilik dengan hanya rm15?" Memang tak arrr, hotel murahan pon rm50 paling kurang. Inikan Syurga, tempat mereka yang betul-betul cintakan Allah dan Rasul-Nya seluruh jiwa. Sendiri mau ingat la kawan"
Mengapa dan kenapa hal ini terjadi? Sebab ganjaran yang Allah beri tu bukan di depan mata kita. Analoginya, bayangkan kita akan dapat kreta BMW free, tanpa membayar duit muka, bayaran bulanan, minyak kereta di tanggung syarikat dll, bak kata pendek dan panjang semuanya di tanggung oleh pihak syarikat laaaa as long as kita dapat menaikkan nama syarikat. Perrhhh sape tak nak BMW, tak payah bayar ape-ape kot!
![]() |
haiii sape tak nak kreta free oiii.... |
Tapi berlainan pula dengan ganjaran Allah, semuanya tak dapat dilihat oleh mata kasar KERANA semuanya terlalu bernilai, dan andai kita dapat melihat, nescaya masjid di segenap penjuru Malaysia ni penuh! kalau nak dibandingkan ganjaran Allah dengan BMW, haaiiiii macam langit dan bumi jaraknya!! Kreta BMW tu bukan takat pandang sebelah mata, mata pon tak nak tengok, dek kesenorokan ganjaran yang Allah beri. Tapi berapa ramai yang sedar? Berapa ramai yang mampu tahan nafsunya? berapa ramai yang bercita-cita untuk mendapatkan nya? BERAPA RAMAI????
Sebab tu ramai antara kita ni tak mampu bersabar nak dapatkan ganjaran-Nya. Maka hak-hak Allah dipandang remeh temeh.....
Setiap waktu itu ada haknya, maka utamakanlah hak waktu itu dengan mendahulukan hak seorang hamba kepada Penciptanya.=)
opsss, should be ....soal SOLAT, all things that we did adalah ibadah but it depends on our intention, n one of it, is solat... That's what i want to emphasis on actually =)
ReplyDelete