17 Rabiul Akhir 1433
Salam 'alaik....
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana meminjamkan udara untuk hamba-Nya ini. Alhamdulillah.
Formula membaca al-Qur'an is not merely reading BUT you must tadabbur + understand that verse supaya kita dapat menyelami apa yang Allah ingin sampaikan kepada kita. Then, you will know is not easy be khalifah on the earth. Why? In the Qur'an Allah keep reminding us supaya ambil pengajaran daripada past nations dan jangan ulangi kesalahan mereka. Apa yang mereka dah buat? Aha, you must open your tafseer and find the story about them.
Once you read then second, thirh and so forth anda akan rasa takut sebab apa kebanyakan kaum yang lepas diberi balasan on the spot, lets say story of Qarun, macam mana Allah lenyapkan dia di muka bumi ini, Allah memerintahkan bumi ini menelannya. Sedangkan kita, kekasih Allah memohon agar ditangguhkan balasan kita hingga hari akhirat. That's why kita ini yang dikatakan sebagai umat yang di rindui oleh Rasulullah, mudah lupa untuk menunaikan hak-hak Allah sebab apa? sebab kita tak nampak balasan Allah yang telah Dia timpakan kepada kaum dahulu dan kita jarang sekali menyelak tafseer untuk melihat amaran-amaran Allah.
Menjadi khalifah di muka bumi Allah is not easy task man! Dari sebesar-besar zarah sehingga sekecil-kecil zarah everything will be counted. Seperti dalam surah al-zalzalah : 7-8.
"Maka barangsipa mengerjakan kebaikan seberta zarah niscaya dia akan melihat (balasannya). Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah nescaya dia akan melihat (balasannya).
Teringat kisah Umar b Abd Aziz, yang mana beliau sangat takutkan jawatan yang dipegang sebagai khalifah. Beliau sering merisaukan bagaimana ingin menjawab soalan yang akan ditanya di akhirat kelak kerana dia yang bertanggungjawab untuk menguruskan hak-hak rakyat pada zaman pemrintahannya. Walaupun dia telah menguruskan negaranya dengan bijaksana sehingga tiada orang miskin yang layak menerima zakat pada zaman pemerintahnnya dan betapa telitinya beliau menguruskan negaranya tetapi beliau masih takut jika masih ada hak-hak yang tidak ditunaikan.
Antara khutbah yang terkenal daripada beliau adalah,
"Wahai manusia, tidak ada kitab selepas al-Qur'an dan tidak ada nabi selepas Muhammad s.a.w. Aku bukan penentu hukum tetapi aku pelaksana hukum Allah. Aku bukan ahli bid'ah, aku seorang yang mngikut sunnah. Aku bukan orang yang paling baik di kalangan kamu, aku cuma orang yang paling berat tanggungan di kalangan kamu. Aku engucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu bahawa aku yang paling berdosa di sisi Allah"
Dan saya tertarik ucapan sinis beliau,
"Bahkan yang paling mengagumkan ialah orang yang mengenali Allah, kemudian menderhakai-Nya. Mengenali syaitan, kemudian mengikutinya. Mengenali dunia, kemudian dia condong kepada dia".
Ingatlah sahabat, teman, saudara, Islam itu mudah, pelaksaannya universal, tapi tugas seorang hamba itu berat. Ok, contoh mudah la kan, berapa ramai umat Islam yang solat 5 waktu?? ....................See....Ini adalah salah satu tugas WAJIB bagi seorang hamba tapi berapa ramai yang melaksanakannya?? Allah hanya bagi 5 kali je dari 24 jam untuk kita mengingati-Nya . Tapi tu pon kita tak mampu buat kan? solat 5 waktu pon kita susah nak perform macam mana pulak dengan lain-lain kan. Tepuk dada tanya iman, sama ada sudah terlaksanakah amanah Allah yang telah diberikan kepada kita.
...................Sungguh berat amanah ini!!
No comments:
Post a Comment