Sunday, January 8, 2012

Saat Genting..Haiiihhhhh

 Salam 'alaik.

La ni tak tau nak kate kritikal ke tak mungkin tak kot? Orang lain dua paper satu ari pastu soknya ada paper lagi. Saya takat 3 paper bederet hari ok kotttttttttttttttttttttt.-dengan kening bekerut2 meyakinkan diri, Betul ke ok??-. 

So untuk menenangkan diri, bile tengah study tetiba blank or lost  or rase tetiba dah sampai ke kampung even saya masih di meja study tak bergerak. Better I stop and main sudoku =). Bak kate bro. yang kasi motivasi kat kiteorang hari tu. Sudoku antara games yang boleh men'center'kan balik otak yang dah penat.



Yang penting korang jangan amik part sudoku expert amik yang kids stuff punye hahahahaha. Baru tak tension, susun-susun taraaaaa dah siap. Kalau amik yang expert, nak wat dah berejam sedangkan purpose kita main sudoku tu nak rehatkan otak je. So, try it!! 

Actually saya tulis entry ni nak share, tengah serabut-serabut kepala dengan theories, saya menelaah buku cinta hati saya (=D), saya nak amik part ni, memang buat saya terharu dan berfikir........

Allah memberitahu Muhammad berhubung tentera Quraisy yang sedang bergerak. Muhammad mengumpulkan sahabat-sahabatnya dan memberitahu Quraisy menghantar tentera. Abu Bakar berdiri dan berjanji setia kepada Muhammad dan meminta Muhammad meneruskan pejuangan. Perjanjian ini diikuti oleh sahabat-sahabatnya lain.

Salah seorang sahabat iaitu Miqdad berkata kepada Muhammad. "Wahai pesuruh Allah, teruskan apa yang Allah perintahkan kepadamu. Demi Allah, kami tidak akan berkata kepadamu seperti mana suku Isarel berkata kepada Musa, "Pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sini duduk menunggu". Tetapi kami akan berkata, " Pergilah kamu dan Tuhan kamu, Kami akan bersama Allah dan rasulnya berjuang. Demi Allah, wahai Muhammad, kalau kamu bawa kami berperang sampai Birakil Rimad kami akan terus bersamamu. Tidak akan ada seorang pun kalangan kami yang menarik diri".      
-Biografi MUHAMMAD BIN ABDULLAH, Perjalanan Seorang Nabi-
.........................
 Apa khabar iman?
 Adakah tahap imanmu setinggi sahabat?

p/s: Bacalah buku ni..sangat ineteresting. Rate: 10/10 =)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...