Saturday, September 24, 2011

Siapa pasanganku.....

26 Syawal 1432
Salam 'alaik


Apabila seorang wartawan bertanya kepada seorang artis “ Tahun ni usia you nak masuk 27, I tengok you ni kalau pergi mane-mane function selalu solo je. Takde buah hati ke nak diajak?” Si artis tersengih-sengih malu la konon sambil menjawab, “ Ishh mude lagi la. I dalam proses mencari”. “ Alaaa orang cantik  macam you sape yang tak nak. Ke you yang memilih? Ce citer sikit ciri-ciri suami pilihan you ni”, tanye si wartawan minta kepastian. “I tak memilih cume kalau nak mencari jodoh ni kena la betul-betul kalau boleh I nak bakal suami I boleh bimbing I ke jalan yang lebih baik.........”

Haaah betul sangatlah tu calon suami kita perlulah seseorang yang mampu membimbing kite ke jalan yang benar, jalan yang diredhai Allah hatta seseorang yang habitnya pergi clubbing pon akan memberi jawapan yang sama.  Moga masjid yang didirikan bukan hanya sekadar perhiasan di tepi jalan tapi biarlah masjid yang dibina dapat dipenuhi oleh mereka yang beramal dan membuat kebaikan. Persoalannye sekarang macam mane la nak dapat calon suami ala-ala imam muda asyraf?  Calon isteri yang macam ustazah pilihan tu? Ishh susah ni.

Saya ada jawanpannya. Andai kita percaya pada kebijaksanaan Allah mengatur rancangan untuk hambanya, Alhamdulillah dipanjatkan. Tapi andai kita masih ragu-ragu dengan kebijaksanaan Allah untuk mengatur rancangan untuk kite, you better istighfar and muhasabah.  Janji Allah boleh dilihat di dalam al-Qur’an,

Perempuan –perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki keji untuk perempuan –perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik(pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezki yang mulia.(24:26)


So jawapannya mudah soleh/solehah kan diri kita dulu!! Insya Allah janji Allah itu pasti!! Haisshh  Macam mane pulak tu? 

Andai kita sedar bahawa solat kita tidak sempurna 5 waktu maka sempurnakan. Andai kita sedar puasa kita tak cukup sebulan kerana tersengaja makan atau tersengaja ada gastrik even before this memang tak pernah ada gastrik  kita gantikan puasa-puasa yang tertinggal tu. Andai kita sedar sebelum ni kita hanya memandang amil (orang yang mengutip zakat) dengan sebelah mata maka bemulalah dengan sedekah bagi  membiasakan diri kita dengan memberi and membayar zakat. Andai kita sedar bahawa duit di dalam bank bergunung ganang sehingga melimpah tuntutlah ilmu umrah dan haji moga kita mampu menjadi tetamu Allah, insya Allah. Andai sebelum ini kite tidak mengenal huruf alif, baa, taa .... janganlah merasa rendah diri untuk bermula dengan muqaddam.  Tidak perlu merasa segan untuk menjadi pencinta Allah.


Andai kesemua di atas sempurna, tambahkanlah yang sunat moga dapat menampung pahala yang kekurangan dan moga dapat meneguhkan keyakinan pada Allah bahawa janji-Nya pasti.

Ada yang bertanya,

“Abis tu kalau semua orang baik-baik kahwin ngan orang yang baik-baik je. Siapa nak betulkan yang salah? Tak ke tak adil tu?”

Jawapan saya,

“ Abis tu kalau dah tersedar diri ni banyak kekurangan kenapa tak top up kekurangan tu dengan menuntut ilmu bersama orang – orang yang arif? Kenapa kita masih nak menunggu,  takpe nanti lepas kahwin baru la solat 5 waktu penuh, barulah start buat qiamulail, barulah nak mengaji bersama-sama dengan pasangan, barulah nak tutup aurat sepenuhnye barulah nak buat sunat itu dan ini. So no wonder la andai pasangan kite nanti pon 2 x 5, 5 x 2 dengan kita same je. Practice make perfect right? So, buat apa nak tunggu kahwin baru nak buat semua tu. Kalau dah lanjut usia tak kahwin macam mane? Tak kan solat 5 waktu masih rompong-rompong, tak kan pakaian pon masih terdedah sana sini”

Ada yang bertanya lagi,

“ Bagi reason kenape kalau kita buat semua ni kita boleh dapat pasangan yang baik-baik?”

Reasonnya, kalau kita dikelompok yang baik insya Allah kita akan dirahmati Allah, andai kite berada dikelompok yang sebaliknya mungkin nanti akan mendatangkan kemurkaan Allah. Okay, let's say yang kite ni suke tengok wayang, keluar dengan kawan-kawan bercapur lelaki dan perempuan, duduk berdua-duaan, kaki clubbing, 24/7 kat shopping compleks, agak-agaknye la kan siapa kawan-kawan kita?  And let's say yang kite ni suke pergi ke majlis ilmu,menjadi ahli masjid, duduk di rumah tolong ibu bapa, adik beradik, bersahabat dengan buku-buku ilmiah. Agak-agaknye siapa kawan kite? Jadi, itulah yang dikatakan andai kite berada dikelompok yang baik nescaya product yang akan dihasilkan juga baik. Tapi kalau sebaliknya, inilah yang terjadi zaman sekarang, anak yang  tidak menghormati ibu bapa, anak yang terlalu diberi kebebasan berkawan lelaki dan perempuan. Impactnye bukan terhadap rumah tangga yang dibina malah akan berkesan kepada generasi anak-anak kita. 



Apa yang penting, usahlah kita menunggu datangnya bidadara/bidadari syurga andai lifestyle kita masih tidak bertunjangkan Islam, tidak menambah ilmu didada, tidak memperbaiki diri  menjadi soleh/solehah.  Keruntuhan dan kedamaian rumahtangga, adalah cerminan siapa kite sebelum berkahwin. =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...