28 Sya'ban 1432
Salam 'alaik
Ahlan wa sahlan wa marhaban ya Ramadhan, welcome ya Ramadhan. Itulah antara yang dapat kita lihat sekarang ni baik di bandar mahupun di luar bandar umat Islam mula menaikkan banner untuk menyambut Ramadhan semakin hampir dengan kita. Ye laa kengkadang ni kita ni terlebih busy sampai tak sedar 'eh..eh dah puasa laaaa'.
Masalahnye sekarang SUDAH BERSEDIAKAH ANDA UNTUK MENJALANI KHURSUS INTENSIF RAMADHAN?? tu diaa..huruf besaq siap bold kan lagi. Bukan apa cek nak emphasized kan jaa. Ape yang anda buat untuk mempersiapkan diri untuk menjalani Ramdhan adakahdengan makan tanpa henti 24/7? Adakah dengan 'beb, jom p karaoke malam ni?' Adakah dengan 'weh dah nak isyak la. Lupe plak nak solat maghrib?'. Adakah dengan 'Solat pas tengok citer my girlfriend is Gumiho la' ATAU 'beb, jom pi qiamulail kat madrasah jamaliah malam ni', 'kengkawan, malam ni tadarus pas isyak ye'. Hah pilih la anda di kelompok yang mane.
Wait a sec, pasai pa time nak posa ja sibuk-sibuk nak buat ibadah lebih ni? Tidakkah anda tahu.......
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:" Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku." Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Kasturi." (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari hadith Abu Hurairah RA.)
Dan tidakkah anda tahu, di dalam bulan Ramdhan terdapat satu malam, nilainya menyamai dengan seribu bulan.
Nabi bersabda: "Barang siapa yang mendirikan malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan keinsafan, diampunkan dosa-dosa yang lalu dan yang mendatang."
Sabda Nabi lagi: "Carilah lailatulqadar pada 10 terakhir Ramadan, sekiranya kamu tertewas sebelum itu, maka janganlah lagi gagal pada saki baki bulan itu."
So, bila lagi kita sebagai hamba Allah nak garap pahala-pahala yang mencurah-curah ni. Jika selama 11 bulan yang lalu kita terlalu sibuk atas urusan duniawi sehingga 'terlupa' untuk bersujud, bertasbih dan bertahmid pada Allah, tunaikanlah hak kita kepada Allah di bulan Ramadhan. Sebab itu, bulan Rejab dan Sya'ban dikatakan pre-month of Ramdhan. Why? This is because, pada bulan inilah kita dah mula nak panaskan enjin-berpuasa, bangun tengah malam, bertahajud- supaya internal and external diri kita ni dah well prepared nak masuk Ramdhan. So, bila di bulan Ramdhan kita dah boleh masuk gear and drive.
Did you know??
Para sahabat berdoa,
"Ya Allah engkau pertemukanlah aku dengan Ramadhan" ( selama 6 bulan sebelum Ramadhan ).
"Ya Allah terimalah amal ibadat aku ketika di bulan Ramadhan" ( selama 6 bulan selepas ramadhan ).
See, betapa mereka menantinya bulan Ramadhan yang penuh barakah. Masya Allah tabarakallah. 'Moga aku tergolong di dalam golongan ini. Amin'
Jadi moga kita mampu untuk membina semangat bagi mengimarahkan bulan Ramadhan. Tinggal beberapa hari lagi menuggu ketibaan Ramadhan mohon agar dipanjangkan umur untuk beribadah di bulan Ramadhan dan diterima amal ibadah kita insya Allah.
Akhir kata,
"Banyakkanlah tilawah, tahajud dan zikir pada-Nya, agar nanti ruh Ramadhan tetap segar dan manis meresap ke dalam relung jiwa kita insya Allah."
No comments:
Post a Comment