Salam 'alaik...
"Eh asal ek dia tu nampak lain je...tetibe senyap, join orang - orang masjid plak tu. Ikut ajaran sesat ke?"
Terkadang manusia ni salah tafsir apa yang di lihat. Maklumlah nak bertanya segan ye tak?? Nak wat ramalan tapi tersilap la pulak. Then mule la ad rumors yang ntah apaper. Ada jugak yang memperlekehkan seseorang yang dah berubah.
Hai manusia! kenapa perlu ada tafsiran negatif di minda ini?
Terfikirkah kita yang seseorang itu berubah kerana Allah membantunya mencari jalan yang lurus di dunia ni. Bersyukurlah bagi mereka yang mendapat hidayah kerana bukan senang untuk memelihara keimanan di dunia pancaroba ni. Dan teruslah bermohon hidayah daripada Allah agar diri ini tidak terpesong dari aqidah yang benar - Islam.
Sometimes.....
Si fulanah A
"Si fulanah tu dulunya bukan baik pon. Selalu dok berkepit ngan boyfriend dia bla..bla..bla.."few months later..
"Serious?? ish betul ke dia dah berubah.. ntah - ntah dah jadi apa - apa kot kat dia tu yang menyesal tu."
***************
Si fulanah B
"Waahh baiknya dia! Semuanya tertutup cakap pon sopan je. Tak sombong, baik hati bla..bla..bla.."
See, kengkadang apabila seseorang itu berubah, susah untk orang lain menerima. Tapi kalau seseorang tu memang baik dari dulu, apa yang dibuat semunya baik. Ingatlah wahai saudaraku,
"Apabila Allah itu mencampakkan hidayah ke dalam hati seorang hamba, boleh jadi dia lebih baik dari kamu malah lebih baik dari mereka yang sudah lama berada dijalan yang benar."
So, janganlah menganggap diri kita ni adalah yang terbaik among others tapi mengakui la yang diri ini masih ada rompong - rompong kosong yang perlu di tampal dan di perbaiki.
Mohonlah dikurniakan hidayah daripada Allah kerana hidayah milik semua. Allah yang menentukan siapa yang patut diberi based on kesungguhan untuk memprolehinya.
O Allah, help and guide us to the right path, don't ever let us alone....
No comments:
Post a Comment