18 Rabiulawwal 1432
Salam 'alaik....
Lama tak tulis blog hehehehe....masa tidak mengizinkan. Dengan laptop aku ni pon baru lepas sihat. Tambah lagi last sem aku agak busy coz terlibat ngan program. Program Zikrulmaut - program tradisi IIUM- tentang memperingati hari mati. Yelahh.... bila bertafakur sekejap pernah tak diri ini mengingatkan kematian.... Haaiiisshhh....
CD Forum |
Kematian yang sememangnye lumrah manusia...yang hidup akan mati. Malangnya, berapa ramaikah yang meningati mati? Malah ada yang pandang remeh soal mati.
"Ala dah mati..dah la"
Bahkan rasul berkata orang yang paling bijak didunia ini adalah orang yang memperingati mati. Why??
- kerana dengan mengingati mati, kita tidak akan jadikan dunia ini sebagai matlamat utama.
- kerana dengan mengingati mati perkara yang dilakukan pasti kerana Allah s.w.t
- kerana dengan mengingati mati mulut, hati, fikiran pasti akan berzikir pada yang Esa.
- kerana dengan mengingati mati akhirat sana yang menjadi cita - cita untuk bertemu kekasih Allah.
So, team aku ditugaskan untuk buat forum, yang mana kami invite Ustazah Fatimah Syarha n Ustaz Akhil Hayy. Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar. Malah, kami telah mengeluarkan CD bagi mereka yang tidak dapat hadir pada hari kejadian.
Aku harap yang hadir forum itu bukanlah kerana Ustaz Akhil Hayy suami Waheeda, dan bukanlah kerana Ustazah Fatimah Syarha yang mengarang buku Tautan Hati, tapi aku harap yang datang itu adalah kerana Allah menjemput hati-hati mereka untuk mendengar forum yang bertajuk Antara Dua Cinta. Berkaitan habluminallah wa habluminnas. Mogo initipati forum itu mampu menjadi panduan pada diri ini dan mereka yang hadir untuk mekarkan lagi perasaan cinta pada yang Maha Esa.
Berikan hidayah ke atas kami Ya Rabb...
nak pinjam :DDD
ReplyDeletebley je...hehehehe
ReplyDeletenana la org pertame yang nak pnjam..
alhamdulillah...
t igtkn lg eh...