Wednesday, September 22, 2010

Sakit itu datangnya dari Allah.

14 Syawal 1431

Assalamualaikum w.b.t...

Kesihatan aku sekarang tak beberape baik. Mane tak nye batuk aku since raya tak bekurang-kurang lg. Kengkadang tu aku risau gak menganggu roommate tgh mlm diorang nak tido. Maaf, maaf..

Aku makan ubat batuk tapi sekali sehari hehe..even instruction kat botol ubat batuk tu tulis 3 times a day after eating. Adoii jenuh la aku tido je kejenye, dlm class pon tido pe cer??. Coz kat botol ubat tu tulis

Awas: Ubat ini menyebabkan mengantuk. Jika ada kesannya, jangan memandu kenderaan atau mengendalikan mesin.

Ahahhh sebab tu aku makan sekali je sehari(alasan je tu).

Tapi aku ad teringat satu kisah dari salah seorang nabi kita, nabi ayub tak silap aku. Lebih kurang begini ceritanya:

Nabi Ayub telah diserang penyakit yang pada mulanya biasa-biasa sahaja tapi lama kelamaan makin mudharat kerana Nabi Ayub tidak memakan ubat yang telah disyorkan oleh tabib. Setiap kali sembahyang Nabi Ayub akan berdoa,

"Ya Allah, aku tidak akan terima mana-mana penawar selagi ia bukan datangnya dari engkau."

Begitulah doa yang Nabi Ayub selalu panjatkat kepada Allah. Semakin mudharat la kesihatan Nabi Ayub kerana setiap kali tabib mengesyorkan ubat itu dan ini. Nabi Ayub tidak mahu meminumnya kerana ubat itu bukan lah dari Allah, tapi buatan manusia. Lalu Nabi Ayub berdoa lagi,

"Ya Allah adakah engkau tidak mengasihani aku?? Aku menderita akibat penyakit ini. Berilah aku penawarnya yang datangnya dari Engkau."

Setelah beberapa hari kesihatan Nabi Ayub tidak berubah dan tabib juga sudah tidak tahu bagaimana ingin memujuk Nabi Ayub minum ubat-ubat itu. Lalu Allah menjawab pertanyaan di dlm doa Nabi Ayub,

" Wahai Ayub, tidak kah engkau tahu bahawa Aku telah menolong mu sejak hari pertama engkau jatuh sakit. Tapi engkau menyombongkan diri dengan tidak menerima bantuan ku. Tidak kah engkau terfikir bahawa penawar yang diberi itu sumbernya dari Aku, yakni, penawar itu di buat dari tumbuh-tumbuhan. Siapkah yang menciptakan tumbuh-tumbuhan itu kalau bukan Aku."

Barulah Nabi Ayub sedar, lalu Nabi Ayub memanggil semula tabib dan meminta ubat daripada tabib. Nabi Ayub meminum ubat itu sehinggan kesihatannya semakin pulih seperti biasa. Bermunajatlah Nabi Ayub untuk meminta kemapunan dari Allah atas sifat yang ditunjukkan kepada Allah ketika dia sedang sakit.

wallahualam bi sawab.

* Saya telupa sama ada Nabi Ayub atau Nabi yang lain mengalami kejadian ni. So, kpd pembaca yg mmbaca entri ini, please betulkan kalo ade tesalah information coz cerita ni dah lame saya bace, ni je yang dpt saya rakamkan dlm memori saya =)

-Qholas-

Ibrah yg dapat aku kongsikan..

* Sakit itu bukanlah sebagai hukuman dari Allah kpd kite, malah ia sebagai penghapus dosa-dosa kecil kite atau pon Allah mengangkat darjat kite di kalangan hamba-hambanya.

* Kite sakit mungkin Allah rindu nak dengar kite bermunajat dan memohon doa dari kite kerana kesibukan yang tak tentu hala menyebabkan kite sedikit jauh dr Allah.

* Yang penting sekali, jangan lupe makan ubat kalau sakit!! Kerana sedar atau tidak setiap ape yang kite makan ni sumbernya dari Allah eg: tumbuh-tumbuhan, haiwan. Cume manusia ni sangat bijaksana mencampurkan dgn bahan-bahan tak elok menyebabkan kite kena hati-hati memilih makanan tu malah kite khuatir yang makanan tu kemungkinan tidak halal. Haiiiiyaaakk...

Wallahualam..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...