Saturday, August 7, 2010

Aku Jatuh Cinta Dengan Insan Bernama Muhammad

Assalamualaikum w.b.t...

Malu rasanya mengatakan cinta,
Kepada dia Kekasih Allah,
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa.

Kupujuk jua hati dan jiwa,
Meluahkan rasa cinta membara,
Di dalam pujian ucapan selawat,
Tanda penghargaan seorang umat.

Sebaik saja abang aku beli buku 'Bibliorgrafi Muhammad bin Abdullah, Perjalanan Hidup Seorang Nabi' aku terus baca. Mungkin teruja dengan tajuk buku tu. Penulis menceritakan peristiwa-peristiwa sebelum Rasulullah dilahirkan. Tentang salasilah keluarga baginda, peperangan sehingga kewafatan rasulullah S.A.W.
Allahuakhbar!!!!

Dalam beberapa bab ada yang membuatkan aku terharu terutama ketika Rasulullah dan para sahabat di medan perang. Aku dapat merasakan bahawa aku turut serta dalam medan perang kerana ingin membantu pahlawan Islam berperang, aku ingin melindungi rasulullah dari percubaan bunuh dari pihak lawan. Susah payah baginda untuk menyebarkan Islam di seluruh dunia berbaloi apabila Islam pernah dipandang tinggi suatu ketika dahulu, kini dan selamanya Insya Allah.

Selagi upaya ku turuti ajarannya,
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya,
Moga di dunia mendapat berkat,
Di akhirat sana peroleh syafaat.

Buku tu sangat menarik setiap bab yang aku baca mesti aku tak sabar nak tahu penghujungnya. Tapi..... ada satu bab yang aku tak sanggup nak habiskannya. Bab yang terakhir 'Muhammad Meninggal Dunia' aku tak sanggup bace isi dalam bab tu. Baca tajuk pon dah membuatkan airmata aku mengalir..... Sepanjang aku baca buku ni aku dapat rasakan yang aku hidup di zaman rasulullah. Masya Allah... Aku kagum dengan sifat sahabat dan aku benci dengan golongan munafik yang bermuka-muka dengan rasulullah. Mungkin esok aku akan habiskan tak pun malam ni...Mungkin....
Bersemadinya jasad baginda.....

Kerna peribadinya aku terpesona,
Kerna budinya aku jatuh cnta,
Rindu ku padanya tiada terkata,
Nantilah daku di taman syurga.

Pagi yang syahdu...

Pagi ni matahari pon tak berape nak kuar. Lepas aku siapkan homework aku nak download lagu zain bhika. Sambil tunggu loading aku dengar la lagu-lagu dari nazry johani-kekasih yang dirindui. Mataku berkaca-kaca bila dengar lagu ni.....

Aku duduk sendirian merindu….
Pemergiaan seorang kekasih….
Walau lama penantian ku ini…
Aku yakin pasti bertemu…
Aku tahu padanya tiada mungkir…
Kerna itu bukanlah sifatnya….
Di akhirat kan bersua lagi…
Dengan mereka yang merinduinya…
Kerna dia telah pun bejanji…
Akan memberi syafaatnya nanti…
Saat itu pasti kan terjadi pada umatnya yg bertaqwa…
Telah beribu tahun sudah berlalu
Keagungannya…
Pernah berlaku…
Sejarahnya akan berulang lagi….
Sebelum tibanya kehancuran…
Namun yang percaya hanyalah mereka yang merindu kan kekasih…
Namun yang merindui hanyalah mereka yang selalu berselawat….



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...