Assalamualaikum w.b.t
"Dan dirikanlah sembahyang, kerana sesungguhnya sembahyang (dapat) melarang dari segala kejahatan dan kemungkaran"(Surah al-Ankabut:45)
Teringat Al-kuliyyah pada minggu lepas tajuk yang dibincangkan adalah Tiang Agama bersama Ustz Ahmad Husni Abdul Rahaman. Apa yang dikatakan tiang agama di sini adalah merujuk kepada solat lima waktu. Aiikk pekena mengenanye?? Kena pacak tiang dulu ke baru solat?? Owwwhh tidak...itu cuma perumpamaan. Mungkin kita biasa dengar " Kalau rumah tu tak cukup tiang mestilah rumah tu musnah ". Ahah! begitulah di ibaratkan solat kita. Andaikata kita tidak menunaikan salah satu solat yg diwajibkan maka cacatlah agamanya. Apabila cacat agamanya maka senanglah musuh mengambil kesempatan untuk mempengarahui kehidupan sehingga melalaikan manusia itu untuk mantaati dan bersujud pada yang Maha Esa. Musuh yang dimaksudkan di sini adalah 'syaitan'.
"Macam mane ye ustaz kalo kite duduk di rumah bersame orang yang jarang solat, stiap kali saya solat saya akan ajak dia same tapi die buat tak tau. Wajarkah saya memaksa die?"
"...Di dalam situasi begini sekiranya dia tidak mahu solat walaupun sudah di ajak banyak kali anda wajar untuk memaksanya. Memaksa di sini bukannya anda ambik rotan pastu pukul kuat-kuat. Takk.. memaksa di sini anda cuba beri tekanan kepada dia contohnya anda perlu kerap tanya dia "dah solat?" "bila nak solat?" sehingga dia tunaikan solat. Dia akan rimas dan nak tak nak dia akan solat juga. Memang solat yang dibuat itu dalam keterpaksaan tapi disebabkan keterpaksaan itu jugalah akan datangnye kebiasaan. Dan dari kebiasaan itulah dia akan jadi ikhlas. Dan dari situ dia tau kenapa perlunya solat. Tapi mungkin akan mengambil masa kerana kita kena selalu igatkan dia sehingga dia mampu untuk solat itu kerana Allah dan bukan kerana kita...."
"Katakanlah hambaKu yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan sembahyang" (Surah Ibrahim:31)
Lebih kurang begitulah ulasan yang di beri oleh ustaz itu. Sebagai ibubapa juga anda harus pantau sejauh manakah anak anda menjaga solat mereka. Teringat kisah anak sedara ku bersama aku ketika dia berusia 9 ke 10 tahun. Dimana aku pernah tinggal bersama kakak aku dan selalu 'melepak' di rumah kakak aku. Kakak aku bekerja jadi aku tolong dia memastikan homework dan solat anak sedaraku mesti settle!! Untuk mendidik kanak-kanak solat bukanlah kerje yang enteng memerlukan kesabaran yang tiggi.
Tambahan lagi setiap kali waktu solat pasti ada cerita/rancangan yang menarik di tv. Sebab itu setiap kali solat aku tengok anak sedara aku ni solat umpama ayam belatuk dan sangat pantas:0 Aku musykil apela yang dibaca agaknya. Kadang-kadang macam-macam alasan yang di beri. Dan kengkadang tu aku tengok dari tadi tak beganjak pon depan tv kate dah solat. Lalu ketika di masa lapang aku tanye pada dia "bace pe time solat? laju semacam je.." Pastu aku pon tanya la start dr wudhu' hinggalah tahiyat akhir. Rupe-rupenya ada lagi bacaan yang dia tak tahu dan tak fasih.
Mulai dari ari tu setiap kali sebelum dia tengok tv aku akan suruh dia baca bacaan dan perbuatan dalam sembahyang depan aku. Sehinggalah aku berpuas hati. Dan setiap kali sembahyang aku akan tuggu dia sehingga dia selesai solat. Aku juga ajar dia untuk segerakan solat. Maknanya selesai azan terus solat dan jangan lengahkannya. Selagi dia tak solat selagi tu la mulut aku ni akan bising ;D. Kadang-kadang aku tak nampak dia solat jadi aku tanya dia "dah solat?" kalau dia kate dah, aku akan check lipatan telekung dia tak pon aku akan rasa rambut dia basah atau tak. Baru aku confirm yang dia sembahyang. Nampak cam masuk kem tentera je sampai telekung pon kena check. Tak kesah la janji dia tau yang solat tu penting.
Dan Alhamdulillah sekarang dia solat tanpa disuruh sesuai dengan umurnya 12tahun dah tahu yang mana wajib, sunat, makruh etc. Yang penting pantau tetap pantau!!
Agama kita menganjurkan untuk mendidik anak mengerjakan solat sejak berusia 7 tahun lagi. Di dalam sepotong hadis nabi S.A.W:
"Suruhlah kanak-kanak mengerjakan solat apabila berumur 7 tahun dan apabila sampai 10 tahun maka pukullah (sekiranya tidak solat)"
* Beaten is last solution!!
p/s : Sekadar berkongsi dan renungan.
No comments:
Post a Comment