
Adoi haii banyak lagi buku tak bace lagi ni. Buku?? buku pe pulak ni kan?? Semenjak aku jadi penganggur yang amat berhormat abang aku belikan buku kat aku. Mule-mule tu sebuah dua buah je. Lately aku tegok dah jadi bepuluh-puluh buah buku. Sampai aku rase rabun aku ni makin menjadi-jadi hahahahaha. Tapi tak kesah la kan bukan duit aku pon, lagi pon aku ni kalo bab-bab membace mmg suke.
Buku pe yang abang aku belikan kat aku?? Hah meh sini aku senaraikan...
ni la antara buku-buku nya:
1. Novel hlovate (Versus)
2. Novel hlovare (aA+bB)
3. Novel hlovate (5ahun 5bulan)
4. Novel hlovate (Pelangi)
5. Novel hlovate (Rooftop rant)
6. Novel Fatimah Syarha (Tautan hati)
7. Novel Fatimah Syarha (Syabab)
8. Novel Dr. Farhan Hadi (Denyut Kasih Medik)
9. Novel Habiburrahman (Ayat-ayat cinta)
10. Novel Taufiqqurrahman (Munajat Cinta)
11. Moivasi Ustz Hasrizal ( Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga dan
Murrabi Cinta,)
12. Motivasi Fatimah Syarha (Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul)
13. Novel Nurfaridah Rubani (Rabiatul Adawiyah)
14. Buku Zulkifli Mohd Yunus (Biografi Muhammad bin Abdullah)
15. Buku Jangan Bersedih Kebahagiaan Pati Bersamamu.
16. Etc.

ahah banyak lagi la yang dia beli. Abang aku kate "takpe kalo kuarkan duit utk beli menda yg bermanfaat ilmu tu boleh di bawa smpai kite mati". Ada lagi berape buah yang aku tak bace lg coz ade buku yang tebal-tebal. Semua buku-buku ni berkonsepkan Islam. Tu yang dia beria suruh aku bace membentuk kerohanian katenye. Dan membentuk aku mnjadi wanita soleha hahahaha. Maybe dia tengok aku ni kasar bebenor ngeh..ngeh..ngeh..Anyway..thank u bro!!
" Allah mengangkat orang yang beriman dari golonganmu dan juga orang-orang yang dikurniakan Ilmu Pengetahuan hingga beberapa darjat" (al-Mujadilah:11)
Ni pon dia dok pikir-pikir nak beli buku lg. Tips yang dia bagi kalo aku nak cari buku:

1. Cari buku yang bila kita bace kita dpt rasekan rohnya. Bukan buku tu boleh
becakap ke jalan ke pe..tp isi kandungan yg di tulis tu biarlah sampaii kepada
pembaca.
2. Cari buku yang ditulis oleh muslim scholar, cth: Dr.Aidh Abdullah Qorni, Ahmad
Deedat, Harun Yahya, Ustz Hasrizal, etc.
Kalo nak cari lagu berunsurkan islam pon mcm tu. Nasyid sekarang kan versatile kiteorg prefer dgr lagu yg dr luar cth: maher zain, zain bhika, sami yusuf, yusuf islam, etc. "Lagu diorang ad roh" bak kate abg aku hahahaha.Tapi ada jgak lagu nasyid dlm negare kiteorg follow. Lagu2 yg lain pon kteorg layaannn...tapi takde la beria sangat huk huk huk.
p/s: kalo anda masa cari la buku yg saya senaraikan..buku-buku tu bermanfaat walaupun sekadar novel.
"Barangsiapa berjalan untuk keperluan ilmu, maka Allah membimbingnya ke syurga" hadis riwayat Abu Hurairah r.a
abis la aku dok ikut abg aku main roh-roh la pulak..;)
ReplyDelete