Friday, June 1, 2012

FINAL EXAM TIPS!

11 Rejab 1433

Salam alaik....



Alhamdulillah masih berada di bumi Allah yang penuh pancaroba, terima kasih Allah kerana memberikan peluang untuk bernafas hingga ke saat ini.

Pejam celik, pejam celik dah nak habis sem II 2011/2012. Sangat la cepat, dan saya percaya sekarang musim final di semua Uni. Time ni la kita bermain dengan perasaan; stress, despair, etc.
Usah mengeluh, usah merungut selagi belum tibanya examination day, kita masih ada peluang untuk membaca buku, buat nota. Kualitikan masa supaya kita tidak berserah sebelum kalah!

Saya akui, sem ni agak mencabar, baru habis 4 paper and ada lagi 2 paper to go. Sesukar atau semudah mana soalan exam ingatlah Allah sentiasa bersama kita. Jika anda sudah berusaha dan berdoa, bertawakallah kepada-Nya. Kata Syed Alwi Alatas:

"Bertawakallah pada-Nya boleh jadi anda terkejut dan tersenyum  melihat kesudahnnya."

Sungguh, soalan exam yang baru lepas ni boleh tahan mantapnya. Mujur Allah gerakkan tangan saya nak membaca buku Syed Alwi Alatas, penulisannya kreatif dan contohnya realistik. Bila terbaca kata-kata di atas membuatkan saya bersemangat dan yakin pada-Nya. Tanpa sedar saya tersenyum sendiri. 

Mengapa perlu kita mengenang jawapan yang ditulis dalam answer booklet  yang tidak boleh diubah. Mengapa tidak kita bertawakal pada-Nya setelah sehabis daya dan usaha kita lakukan untuk menjawab yang terbaik dalam exam. Mengapa tidak kita memikirkan bahawa Allah bersama kita, dan Dia lah yang mengatur dan merencanakan penyusunan hidup kita. Maka, teruskan berdoa dan bertawakal pada-Nya setelah berusah bersungguh  kerana itu juga akan dikira! 

Kepada rakan seperjuangan, bi taufik wan najah fi imtihan saya doakan =). 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...