Friday, May 4, 2012

Please!!!! I need your help.

12 Jamadil akhir 1433

Salam alaik,



Syukur kepada Allah masih mengizinkan untuk hamba ini menghirup udara segar di muka bumi-Nya. Alhamdulillah ya Rabbi, Alhamdulillah.....

'I need your help'? Macam serius je? Apasal?

Agak serius..eh tak memang tersangatlah SERIUS AND CRITICAL!! problem saya ni. 

Saya jadi musykillah jiddan bila pada hari jumaat, ketika solat jumaat saya masih dapat melihat:-

1. Segelintir lelaki Islam boleh berlegar-legar dan bergelak ketawa dalam mall.
2. Segelintir lelaki Islam masih dalam lrt ntah nak ke mane.
3. Beberapa couple Islam yang berpimpin tangan bermanja-manjaan berjalan-jalan dalam mall.
4. Segelintir lelaki Islam yang pakai smart tapi masih melepak-lepak di kopitiam, KFC, McD, starbuck, Kenny Rogers, dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya. 



So, saya sangat memerlukan sebarang alasan yang boleh positivekan balik persepsi saya pada mereka. 

Okeh, saya dah try nak husnu zon  dengan mengatakan:

1. "Alaaa, laki-laki yang tengah begelak tawa dan berlegar-legar ni musafir kot. Diorang dari perlis nak ke kelantan singgah Jusco wangsa maju nak shoping."

2. "Owwhh diorang mungkin duduk kat damai pastu nak solat kat kelana jaya kot. Tu yang ada lagi dalam lrt ni. "

3. "Eh, tu bukan couple la, diorang dah kawin kotttttttt."

4. "Mungkin diorang ada meeting pastu baru pegi solat. Kan? kan? kan?"

***(errrrr macam tak berapa nak relevant je husnu zon saya tu) haiiihhhhhh*******

Tolonglah lelaki di luar sana, tolonglah laksanakan kewajipan anda sebagai hamba dan khalifah.......

Tak dipandang osem jika memakai smart-smart, tapi perintah Allah diabaikan.

Tak dikatakan lelaki yang macho jika perintah Allah dipandang remeh.
  
"Jika anda mahukan wanita soleha untuk dijadikan calon isteri. Mereka mahukan suami soleh untuk calon suami. Deal or no deal?"




 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...