Assalamualaikum w.b.t
Memerhati keadaan sekeliling. Hmmm ntah la takut pon ada memikirkan keadaan sikap manusia yang menjadikan dunia ini segala-galanya pada mereka.
"Kalau setakat seleweng duit tu alaaa small matter je. Nak seleweng berape??"
"Kalau setakat tak sembahyang..dah tua nanti buatla. Muda-muda ni enjoy la dulu."
Waaahh kagum betul saya kalau ada org yang berani mcm ni. Gaya macam guarantee je masuk syurga. Tapi tu lah hakikat sekarang kan?? Pandangan manusia tentang akhirat telah di kaburkan. Syurga dan neraka seperti cerita dongeng dulu kala. Kenapa jd macam ni?
If Allah loves one of his slaves, he makes that slave's heart that of a weeper. And if he hates one of his slaves, then he places a flute in his heart (thus making him constantly light and happy)
Hah setelah bertafakur sejenak,
Pertama mungkin perkara ini berpunca kerana kurangnya pendekatan manusia zaman sekarang dengan agama itu sendiri. Di mana hiburan itu sebagai makanan ruji kita. Betul tak?? Sehingga bajet 2011 Malaysia, pemerintah negara kita sendiri ingin menjadikan negara Malaysia sebagai negara hiburan malah kelab malam terbesar akan di buka di Malaysia. See...
"Hasrat pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah sesuatu yang mendukacitakan."
"Lapor Malaysiakini, lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020."
Kedua, mungkin Allah tidak melihatkan kepada kita balasan seperti kaum-kaum Nabi terdahulu seumpama Ad, Samud... dimana manusia di zaman mereka, Allah meenenggelamkan mereka ke dalam perut bumi. Allah mendatangkan puting beliung yang menghancurkan manusia. Balasan seperti itu jelas di hadapan mata. Dan saya jamin andai ini terjadi kepada kita nescaya kita mengambil pengajaran darinya tapi... mungkin juga tidak..kerana Allah telah menceritakan berulang-ulang di dlm al-Quran tentang kaum yang menerima balasan namun manusia masih tidak mengambil pengajaran drnya.
Ketiga, bila kuasa dan wang mempengaruhi diri, semua boleh di beli. Ahahhh.. kes yg macam ni banyak terjadi. Tidakkah mereka takut andai memakan makanan yg sumbernya haram. Menyeleweng duit perkara biasa, rasuah, ambil duit anak yatim. Cthnya:
Duit itu sepatutnya di agihkan kepada mereka yang sepatutnya, tapi disebabkan dia yang handle keluar masuk duit tu kira duit mereka,duit dia jugak. Sehinggakan duit tu tak sampai kepda org yang sepatutnya. Astaghfirullah...astaghfirullah...
TAHUKAH ANDA ITU ADALAH AMANAH??? TIDAKAKAH ANDA TAKUT DI TANYA DIHADAPAN ALLAH KELAK??
Dunia ini hanya pinjaman,
Untuk menguji keimanan........



No comments:
Post a Comment