
Biasele malam khamis bace yasin kat mesah(madrasah..bak kate org kampung aku ;)... Memang biasenye yg akan dtg opah-opah n beberape kerat orang lelaki dan yang dtg tu jgak la muke yg same. Timbul persoalan dlm benak fikiranku(aiceewwwaaahh)mane la pegi nye hamba Alllah di kampung aku ni.Nak kate tak de aku rase petang-petang ramai je org yang lalu lalang kat jalan sane. OOOwwwwhh diorang jemaah kat umah kotttttt...husnu zaan mardhiah..
So memang lepas isya'malam khamis opah-opah ni akan bawak bekal makanan pastu makan ramai-ramai. Ramai?? ada la dalam 6 orang temasuk aku huhuhu...Tapi selalunya aku terus balik umah coz perot kekenyangan tmbh lagi makanan time bebuke puase banyak lagi kat umah boleh la aku makan untuk third round. Ngeeee....
Tak tahu la pulak aku yang opah-opah ni rope2nye dia ajak aku makan sekali kat mesah sebelum-sebelum ni. Balik je ke umah mak aku pon cakap kat aku. Tu yg semalam aku join venture ngan opah-opah kat mesah nak jage hati diorang. Macam-macam la opah-opah ni bawak bekal n aku rase udah cam nak bekelah la pulak. Selalunye orang kate air tangan orang tua-tua ni sodap. Nak-nak lagi kalo depa buar kuih tradisional. Memang abis la kuih tu;D tanpa segan silu. Pastu ada la semalam opah tu bawak kuih 'jongkong' ahaaa udah macam jongkong emas la pulak. Kuih ni lbh kurang cam kuih limas. Macam-macam la lagi. Opah-opah yg dtg ke mesah ni dah kematian suami tu yg diorang bawak bekal makan ramai-ramai kat mesah "beselera la sikit nak makan tu" bak kate deme. Tapi tu la yg aku sedikit terkilan opah-opah ni umur dah 60 n 70-an andaikate diorang ni dah takde n group lelaki pon ada la dlm 3,4 orang tu pon sume baye-baye ayah aku. OOhhh lg sorang..abg aku yg depa dok panggil imam mude hahahaha.(Ate dia la imam dia la muazzin heran aku:l??) sape lg la yg nak mengimarahkan mesah kampung aku ni.
Hhhmmmmmmmmmm(mengeluh sambil befikir dan tecetuslah sebuah sajak):

Seandainya aku mampu
menjadi Muazzin,
Akan ku laungkan azan di setiap waktu yang
wajibkan,
Seandainya aku mampu
menjadi imam,
Akan ku mengimani solat yang telah
difadhukan kepada umat Islam,
Namun,
Aku hanya kaum Hawa,
Yang selayaknya menjadi makmum
kepada seorang Iman dari kaum Adam,
Akan tetapi,
Apa yang kuharapkan makin pudar,
Mereka lalai di dunia sementara,
Sehingga mereka gentar untuk berdiri di depan jemaah.
Inikah yang dikatakn umat Muhammad,
Ayuh!! Bangunlah syabab..
Usah kau tertipu akan duniawi ini,
Bangunlah kau seprti Bilal yang melaungkan azan yang pertama di bumi ini,
Ayuh syabab!!
Imarahkan suasana madrasah yang telah lama sepi,
Teruskanlah engkau berdiri utuk mengimani umat Islam!!

Asal bile dah post rase cam ayat tunggang tebalik je ni..gasak la wey hohoho
ReplyDeletesukeeee. lame tak 'melepakkan' diri kat mesjid.
ReplyDeleteayat tunggang tebalik?
ReplyDeletetakpe2..ade satu cara nak cover ayat tunggang tebalik nih..
ce wat perenggan sikit...
baru teghang sikit
neway, cite dah sedap!
ngeh..ngeh..ngeh..
ReplyDelete